Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.cut] | ڤچوت

Definisi : cambuk, cemeti; memecut 1. mencambuk, melecut: kerbau itu berjalan sendiri menarik bajak dgn tak payah dipecut; 2. ki menggiatkan, merang­sang, menggalakkan; 3. bergerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: sebuah kereta yg mempunyai lebih kuasa boleh mula bergerak dan ~ lebih cepat drpd kereta yg mempunyai kuasa kurang; 4. menyebabkan ber­gerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: dia lalu ~ keretanya dgn perasaan geram; pecutan hasil memecut: dgn sekali ~, dia sudah berdiri; kepecutan kepantasan memecut; pemecutan perihal (perbuatan dsb) meme­cut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.cut] | ڤچوت

Definisi : alat yg biasanya dibuat drpd tali yg diberi bertangkai dan digunakan utk menyebat; cemeti; cambuk. memecut 1 menyebat dgn pecut: ~ kuda. 2 ki menggiatkan; menggalakkan: tidak mahu bekerja jika tidak dipecut. 3 ki memandu kenderaan (kereta, motosikal dsb) dgn laju: Tiba-tiba sahaja dia ~. memecutkan menambah kelajuan sesuatu gerakan (spt kereta); menjadikan sesuatu lebih laju gerakannya: Dia ~ keretanya utk mengejar penjahat itu. pecutan 1 kadar perubahan halaju (sesuatu gerakan) dlm satu unit masa tertentu. 2 gerakan memecut: ~ yg tiba-tiba itu telah memeranjatkan penumpang keretanya. pemecutan perbuatan atau hal memecut: Sebarang benda yg mempunyai halaju yg bertambah mengikut masa dikatakan mengalami ~. pemecut ist perkakasan atau perisian tambahan yg mempercepat pemprosesan sedia ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pecut (kata nama)
Bersinonim dengan cambuk, cemeti, sambuk, pecut, senawat;,
Kata Terbitan : memecut, kepecutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intermediate sprintpecut perantaraSukanLumba BasikalBeberapa perlumbaan pecut yang diadakan sebelum pecutan terakhir.
sprintpecutSukanLumba BasikalPerbuatan mengayuh dengan kelajuan yang maksimum,biasanya berlaku semasa perlumbaan hampir tamat,atau percubaan untuk berpecah daripada kumpulan induk.
Olympic sprintpecut OlimpikSukanLumba BasikalPerlumbaan tiga (3) pusingan balapan oleh dua (2) pasukan,dengan tiga (3) pelumba bagi setiap pasukan. Setiap pelumba akan mendahului pasukannya sejauh satu (1) pusingan.
acceleration lanelorong pecutPengangkutanTiadaLorong yang disediakan di lebuh raya untuk kenderaan memecut masuk ke lebuh raya.
sprinter line (red)garis pecut (merah)SukanLumba BasikalGarisan merah yang mengehadkan pemula pecutan daripada keluar dari ruangannya, iaitu 90 cm dari tepi balapan.
standstillberdiri kakuSukanLumba BasikalPelumba yang berada dalam kedudukan statik di atas basikal dalam perlumbaan pecut.
accelarator pumppam pemecutKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPam yang terdapat di dalam karburetor, yang bersambung dengan pecut, yang beroperasi untuk mengayakan campuran bahan api apabila pemecut ditekan pada kelajuan yang tinggi.
bell ringerpenjaga locengSukanLumba BasikalPegawai yang membunyikan loceng dalam perlumbaan balapan atau litar, untuk menentukan pecut atau pusingan penamat.
timing deviceperanti masaSukanLumba BasikalKabel pengesan masa yang dipasang pada jarak 200 m dari garis mula dan garis tamat bagi acara pecut.
isometric contractionpenguncupan isometrikSains SukanBiomekanikPenguncupan yang tidak melibatkan perubahan pada panjang otot. Penguncupan ini menghasilkan daya tetapi tidak menghasilkan pergerakan. Contohnnya, dalam acara larian pecut, semua otot pelari mengalami penguncupan isometrik ketika mengawal postur antara tempoh �bersedia� dengan tembakan pelepas.
12

Kembali ke atas