Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pedalaman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
renewable energy consumptionpenggunaan tenaga boleh diperbaharuiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauNisbah antara penggunaan kasar pedalaman tenaga boleh diganti semula dengan penggunaan kasar pedalaman tenaga keseluruhan (primer) yang dikira dalam tempoh setahun mengikut tahun kalendar.
inland sealaut pedalamanSains MarinTiadaLihat laut epibenua.
interior lotlot pedalamanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
lacustrinelakustrinSains MarinTiadaSistem tanah lembap pedalaman dan habitat dalam air yang berkaitan dengan tasik dan takungan air tawar yang dicirikan oleh ketiadaan pokok, pokok renek dan tumbuh-tumbuhan baharu.
laketasik; danau; lak (pencelup)GeologiTiadaTasik: Jasad air pegun pedalaman yang besar dan dalam yang memenuhi lekukan di permukaan bumi.
territorial integritykeutuhan wilayahSains PolitikPolitik PerbandinganKawasan atau wilayah yang luas atau berselerak dalam satu negara yang mempunyai semangat kekitaan yang kuat. Pulau yang banyak dan berjauhan atau kawasan pedalaman yang luas tidak mengurangkan interaksi wilayah ini dengan pusat serta kawasan ain. Hal ini, tidak mencabar semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Dalam negara ini, tidak wujud gerakan pemisahan atau usaha menarik keluar sesuatu wilayah dari negara tersebut. Contohnya, wilayah Kanada tetap utuh walaupun ia mempunyai kawasan yang sangat luas dan tersebar serta etnik yang pelbagai .
gatgatSains MarinTiada1. Bahagian alur tepi pesisir laut atau selat yang memisahkan kepulauan luar pesisir dengan tanah besar. 2. Pembukaan kawasan cenuram atau cerun laut yang membolehkan perhubungan kawasan pedalaman ke kawasan pinggir laut.
epicontinental sealaut epibenuaSains MarinTiadaLaut cetek merangkumi kawasan tengah benua yang terbentuk semasa peningkatan aras air laut kesan daripada pergerakan plat benua. Pada zaman moden kini, benua mempunyai paras laut yang tinggi dan rendah. Contoh laut epibenua ialah Teluk Hudson. Sinonim laut pedalaman.
city statenegara kotaSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang bersifat bandar dan mempunyai kerajaan sendiri dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran. Konsep ini berkembang pada zaman tamadun Greek sehinggalah kepada era kemunculan empayar Roman. Pada era itu, wujud beberapa negara kota yang dikenali sebagai Polis. Setiap Polis bertanggungjawab terhadap urusan hal ehwal dalaman dan juga luaran masing-masing serta mempunyai angkatan pertahanan sendiri. Majoriti masyarakat yang tinggal di negara kota mendiami kawasan pedalaman, tetapi tidak jauh dari kawasan pusat pentadbiran yang dikenali sebagai pusat sivik yang mempunyai kemudahan seperti pasar, gymnasium dan juga taman rekreasi. Struktur masyarakat negara kota terbahagi kepada beberapa lapisan yang terdiri daripada golongan pemerintah, intelektual, perwira dan juga hamba. Taraf kewarganegaraan di setiap negara kota ditentukan melalui tempat kelahiran seseorang. Selain itu, setiap negara kota juga mempunyai amalan kepercayaan, budaya dan adat masing-masing. Contoh negara kota yang pernah wujud pada zaman Greek ialah negara kota Sparta dan Athens.

Kembali ke atas