Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.dang] | ڤدڠ

Definisi : senjata yg panjang bilahnya, biasanya tirus di hujungnya dan tajam; ~ beladau pedang pendek; ~ bentuk pedang yg melengkung bilahnya; ~ ekor pari = ~ setiabu pedang yg bersegi tiga matanya; ~ jenawi pedang panjang yg dipegang dgn dua belah tangan; ~ kerajaan pedang kebesaran (raja dll); ~ lurus (serunai) pedang utk bermain anggar; ~ rumput sj alat spt pedang utk memotong rumput; main ~ berlawan pedang; (spt) kena ~ bermata dua prb terlalu sakit hati; menepek mata ~ prb menentang orang yg kuat (berkuasa); memedang menetak dgn pedang; ~ rumput memotong rumput (dgn pedang rumput). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.dang] | ڤدڠ

Definisi : senjata spt parang yg panjang serta tajam bilahnya. ~ beladau pedang yg pendek bilahnya. ~ bentuk pedang yg melengkung bilahnya. ~ ekor pari pedang yg bilahnya berbentuk tiga segi. ~ rumput pisau spt pedang utk memotong rumput. ~ samurai pedang yg panjang, tajam dan berkilat bilahnya dan digunakan oleh anggota Samurai. memedang memotong atau menetak dgn pedang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pedang

Puisi
 

Dipetik nanas dengan pedang,
     Dimakan orang Kuala Teri;
Kusangka panas hingga ke petang,
     Rupalah hujan di tengah hari.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Keris pedang (= lembing) tiada tajam,
     lebih tajam mulut manusia.

Bermaksud :

Kata-kata lebih tajam daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
daun pedang warnadaun pedang warnaKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun pedang warna.
fencinglawan pedangSukanTiadaTiada
sword suckersulur pedangPertanianTiadaTiada
cloak and sword romanceroman pedangKesusasteraanTiadaLakon atau novel yang bercirikan aksi dan memaparkan watak wira yang bercinta dengan gadis cantik.
ensiformensiformPerubatanTiadaBerkaitan dengan sesuatu yang berbentuk seperti pedang.
baldricsawatKesenianTiadaSelendang yang diselepangkan ke bahu untuk menggantungkan pedang dan lain-lain.
gelung ulu jempul(Ib.)gelung ulu jempul(Ib.)KesenianTiadaGelung yang berbentuk hulu pedang jempul.
viviparityviviparitiBiologiEkologi1. Tumbuhan di paya bakau, misalnya api-api, Avicennia spp. yang menghasilkan biji benih yang bercambah semasa buahnya masih melekat di pokok; percambahan ini menghasilkan radikal yang berbentuk seperti pedang. Apabila biji benih gugur, radikal ini akan tercacak di dalam lumpur untuk mengelakkan anak benih daripada dihanyutkan ke laut. 2. Haiwan yang perkembangan embrionya berlaku di dalam tubuh ibu sehingga dilahirkan, misalnya mamalia. Bandingkan ovipariti, ovovivipariti.
rotoscopingmerotoskopTeknologi MaklumatTiadaSatu teknik animasi untuk menambah kesan khas pada filem sebenar. Teknik ini digunakan untuk menambah model grafik dalam filem sebenar dan boleh menjejak pergerakan objek dalam filem. Contohnya dalam filem Star Wars, teknik ini digunakan untuk menambah pedang laser dalam babak pertarungan.
SulurSuckerPertanianTiadaPucuk yang keluar dari mata tunas sisi di pangkal batang atau akar di bawah aras tanah. Mata tunas pucuk ini tumbuh panjang ke atas untuk menghasilkan tumbuhan yang baru contohnya sulur pokok pisang dan pokok nanas. Sulur sisi pada nanas disebut sulur udara, manakala sulur di bawah aras tanah disebut sulur bumi. Pada pokok pisang pula terdapat sulur pedang dan sulur air.
12

Kembali ke atas