acrid | akrid | Kimia | Tiada | 1. Merengsakan atau memedihkan. 2. Berkenaan dengan bau atau rasa yang tajam , pedih yang menusuk hidung. |
colocynth poisoning | keracunan kolosin | Kimia | Forensik | Keracunan disebabkan pendedahan kepada kolosin, iaitu perengsa dan katartik yang sangat berbahaya yang terdapat pada tumbuhan Cilrullus colocynthis. Dos parah mungkin serendah 1 mL atau 1 g. Tanda utama keracunan akut akibat pengingesan atau penggunaan pada kulit ialah muntah, cirit-birit dan pengsan. Gejala keracunan termasuk pedih dalam mulut dan perut, tenesmus, muntah, cirit berair atau berdarah, pucat, pengsan, tekanan darah jatuh, takikardia, koma dan mati. Penemuan makmal menunjukkan darah kasar atau okulta dalam tinja, proteinuria dan hematuria kasar atau mikroskopik. Penemuan patologi pula ialah kesesakan dan perubahan kemerosotan saluran gastrousus, hati, buah pinggang dan otak. |
bromine poisoning | keracunan bromin | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada bromin (formula kimia, Br2), iaitu cecair perang-merah. Had pendedahan ialah 0.1 ppm, dan anggaran dos parah ialah 1 cm3. Kesan korosif ialah pemusnahan lengkap kulit atau membran mukus. Tanda utama keracunan ialah kakisan. Keracunan akut terjadi akibat pengingesan, penyedutan, atau penyentuhan kulit. Jika terambil secara pengingesan, pedih yang teramat dalam mulut, farinks, dan abdomen diikuti dengan muntah dan cirit-birit yang memendakkan darah gelap, tekanan darah turun mendadak, dan warna perang atau kekuningan mungkin terdapat di sekeliling atau didalam mulut. Astiksia terjadi ekoran edema glotis. Jika tersedut, gejalanya ialah batuk, tercekik, dan sakit kepala, pening, dan keadaan lemah, selepas 6 hingga 8 jam tempoh terpendam, diikuti dengan edema pulmonari dengan sesak dada, pening, kahak berbuih dan sianosis. Hemoptisis dan kesingkatan pernafasan mungkin berlerusan untuk beberapa minggu selepas pendedahan awal. Jika terkena kulit, gejalanya termasuk sakit yang tera |
phosgene poisoning | keracunan fosgen | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penyedutan atau penyerapan kulit gas fosgen (formula kimia, COCI,), iaitu bahan yang merengsa dan merosakkan sel. Had pendedahan dalam udara ialah 0.1 ppm. Tanda utama keracunan akut ialah kegagalan pernafasan dan peredaran darah. Keracunan kronik tidak berlaku. Gejala keracunan, yang mungkin ketara sehingga 24 jam selepas pendedahan, termasuk pedih dalam kerongkong, sesak nafas, dispnea, dan sianosis, yang bertukar dengan cepat kepada edema pulmonari teruk dan mati akibat kegagalan pernafasan dan peredaran darah. Penemuan patologi termasuk perubahan degeneratif ekstensif dalam epitelium trakea, bronkus, bronkiol dan pneumonia berdarah. |
camphor poisoning | keracunan kamfor | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan kamfor, iaitu bahan yang terdapat dalam seselengah ubat gegat dan minyak kamfor. Tanda utama keracunan akut ialah konvulsi. Gejala keracunan ialah pedih dalam mulut dan 'kerongkong, sakit epigastrik, rasa dahaga, loya dan muntah, cemas, pening, kelakuan tak rasional, pengsan, kaku, nadi cepat, pernafasan periahan, terketar-ketar otot muka, spasma otot, dan konvulsi. Dos parah adalah lebih kurang 1 g untuk kanak-kanak berumur 1 tahun, dan had pendedahan ialah 2 ppm. Penemuan patologi termasuk kesesakan dan perubahan edematus dalam saluran gastrousus, buah pinggang dan otak. |
croton oil poisoning | keracunan minyak kroton | Kimia | Forensik | Keracunan disebabkan pendedaban kepada minyak kroton, iaitu minyak tak meruap yang diperoleh daripada biji Croton tiglium. Minyak ini merupakan perengsa dan katartiks yang kuat. Dos parah mungkin serendah 1 mL. Tanda utama keracunan akut akibat pengingesan atau penggunaan pada kulit ialah muntah, cirit-birit, dan pengsan. Gejala keracunan termasuk pedih dalam mulut dan perut, tenesmus, muntah, cirit berair atau berdarah, pucat, pengsan, tekanan darah turun, takikardia, koma, dan mati. Penemuan makmal menunjukkan darah kasar atau okulta dalam tinja, proteinuria dan hematuria kasar atau mikroskopik. Penemuan patologi ialah kesesakan dan perubahan degeneratif saluran gastrousus, hati, buah pinggang, dan otak. |
zinc sulphate poisoning | keracunan zink sulfat | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penggunaan zink sulfat, iaitu garam yang digunakan sebagai astringen, deodoran, antiseptik, dan pengawetan kayu dan kulit haiwan. Tanda utama keracunan ialah muntah dan pengsan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pedih dalam mulut dan kerongkong, muntah, cirit berair atau berdarah, tenesmus, menjeluak, hemolisis, hematuria, anuria, kerosakan hati dengan demam kuning, tekanan darah rendah, pengsan, dan konvulsi. Keracunan kronik akibat penggunaan pada kulit menyebabkan tindak balas eritematus, papular, dan granulomatus. Penemuan patologi termasuk gastroenteritis berdarah dan kerosakan buah pinggang dan hati. Dos topikal ialah 0.2 % - 1% larutan dan dos oral ialah 2 g dalam 200 mL air. |
carbon disulfide poisoning | keracunan karbon disulfida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada karbon disulfida (formula kimia, CS2), iaitu cecair dengan takat didih 46�C, yang digunakan dalam bentuk wap sebagai insektisid dan sebagai pelarut industri. Bahan ini boleh menyebabkan kesesakan dan edema saluran gastrousus. Had pendedahan ialah 10 ppm, dan dos parah dianggarkan 1 g secara pengingesan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan. Keracunan akut yang terjadi akibat terdedah pada kepekatan dari 100 ppm hingga 1000 ppm menyebabkan gejala yang bermula dengan keresahan, kerengsaan membran mukus, rabun penglihatan, loya dan muntah, serta sakit kepala, yang seterusnya mengakibatkan tidak sedar dan lumpuh pernafasan. Jika terkena pada kulit, karbon disulfida menyebabkan kemerahan dan rasa pedih, dan kemudian retak dan mengelupas. Jika cecair terus bersentuhan dengan kulit selama beberapa minit, kebakaran darjah kedua mungkin terjadi. Pengingesan menyebabkan muntah, sakit kepala, sianosis, pengurangan pernafasan, tekanan darah turun, tidak sedar, terketar-ketar, konvul |
tobacco poisoning | keracunan tembakau | Kimia | Forensik | Keracunan yang disebabkan oleh nikotina yang terdapat dalam tembakau. Tanda utama keracunan ialah rangsangan pernafasan dan hiperaktiviti gastrousus. Keracunan akut ekoran pencemaran kulit atau penyedutan asap tembakau, atau debu tembakau menyebabkan rangsangan pernafasan, loya dan muntah, pening, sakit kepala, ciritbirit, takikardia, tekanan darah meningkat, berpeluh, dan peliuran. Keracunan akut akibat pengingesan atau pencemaran kulit dengan insektisid pekat yang mengandungi nikotina menyebabkan pedih mulut, kerongkong dan perut, diikuti segera dengan prostrasi, konvulsi, pernafasan semakin perlahan, ketakseragaman jantung, dan koma. Kematian terjadi dalam masa 5 minit hingga 4 jam. Keracunan kronik akibat penyedutan asap tembakau meningkatkan insiden penyakit jantung koronari dan kanser oral, pundi kencing, dan saluran pernafasan. Had pendedahan nikotina ialah 0.5 �g/ L dan dos maut adalah lebih kurang 0.6 mg/kg (1 titis). |