psychiatric social worker | pegawai kebajikan psikiatri | Perubatan | Psikiatri | Pegawai yang bertugas untuk mengatur dan mengurus masalah psikososial pesakit psikiatri. |
public official bond | bon pegawai awam | insurans | Tiada | Jaminan bahawa seseorang pegawai awam akan menguruskan dana orang awam dan akan melaksanakan tugas-tugas yang lain seperti yang ditetapkan oleh undang-undang. |
paramedical practitioner | pengamal paramedik | Perubatan | Tiada | Kumpulan Penolong Pegawai Perubatan berdaftar yang memberikan rawatan, menjalankan ujian diagnostik, rehabilitasi dan khidmat nasihat kesihatan yang terhad berbanding skop dan kompleksiti tugas Pegawai Perubatan. Kumpulan ini juga boleh menjalankan tugas secara autonomi dalam skop yang ditetapkan atau dengan pengawasan yang terhad oleh Pegawai Perubatan. |
gerrymander | gerimander | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pegawai atau individu yang terlibat dalam tindakan meminda atau merangka kawasan pilihan raya bagi kepentingan seseorang calon atau sesebuah parti. Pegawai ini diarahkan oleh pihak tertentu untuk melakukan pindaan kawasan yang akan memberikan kelebihan undi kepada pihak tersebut. Pindaan ini biasanya dilakukan untuk kepentingan pemimpin yang sedang berkuasa kerana beliau mempunyai autoriti terhadap badan yang mengendalikan pilihan raya. Kesan daripada tindakan pegawai tersebut akan menghasilkan kawasan yang ganjil bentuk sempadannya dan tidak seimbang dari segi jumlah pengundi antara kawasan tersebut dengan kawasan lain yang berdekatan. Istilah ini berasal dari Amerika Syarikat hasil tindakan Elbridge Gerry seorang Gabenor Massachusetts yang memulakan pindaan kawasan pilihan raya umuk kepentingan politiknya. |
Chief Executiv Officer (C.E.O) | Ketua Pegawai Eksekutif (K.P.E) | Pentadbiran | Tiada | Pegawai tertinggi dalam sesebuah syarikat. |
officer's and director's liability insurance | insurans liabiliti pegawai dan pengarah | insurans | Tiada | Insurans yang melindungi pegawai dan pengarah sesebuah syarikat terhadap kerugian disebabkan kelalaian atau kesilapan mereka yang mungkin boleh membahayakan kedudukan syarikat atau pemegang saham. |
directors and officers liability insurance | insurans liabiliti pengarah dan pegawai | insurans | Tiada | Insurans yang melindungi pengarah dan pegawai terhadap tuntutan liabiliti yang timbul daripada tuduhan kesilapan dalam pertimbangan pengabaian tugas dan tindakan salah laku berkaitan dengan aktiviti organisasi mereka. |
corporate travel manager | pengurus perjalanan korporat | Pelancongan | Tiada | Pegawai yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan urusan perjalanan seseorang pegawai dalam syarikat. |
Macau scam | penipuan Macau | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk jenayah kewangan yang melibatkan penipuan dengan menggunakan telekomunikasi yang dimulakan oleh sindiket di Macau. Contoh penipuan Macau ialah panggilan telefon kepada pemenang bertuah, membuat tuntutan penculikan, penyamaran sindiket sebagai anggota polis, pegawai Bank Negara atau pegawai bank yang lain. |
rent officer | pegawai sewa | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |