Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.ka] | ڨیکا

Definisi : (péka) 1. sl tidak lengah (lalai); 2. lekas berasa (sesuatu), lekas bergerak balas terhadap pengaruh-pengaruh luar, rangsang (mata, kulit, saraf, dll), mudah bergerak (timbangan neraca), sensitif: alat yg amat ~ yg boleh mengukur satu persepuluhan juta tenaga nyamuk; labah-labah mempunyai sesungut yg ~ terhadap sentuhan; 3. menyedari (dgn sesungguhnya) dan menghayati sesuatu, sen­sitif: kita harus ~ terhadap perkembangan semasa di negara kita; pensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Islam ~ terhadap karangan ulama-ulama besar; memeka menghiraukan, mempedulikan; kepekaan perihal peka (mudah berasa, mu­dah atau cepat bergerak balas, menyedari, dan menghayati sesuatu): cara ini boleh mengurangkan ~ mata terhadap cahaya yg terlalu terang; ~ perancangan bahasa adalah penting supaya penilaian ini membawa erti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pé.ka] | ڨیکا

Definisi : /péka/ mudah berasa sesuatu; tidak lalai; mudah bergerak (bkn mata dacing dll). kepekaan hal atau keadaan peka: Papila rambut dibekali gentian-gentian saraf yg memberikan ~ kpd rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peka
1. Bersinonim dengan sensitif
( perasa, berderia, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan bergerak balas
( bertindak balas, bereaksi, responsif, mudah terangsang, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memeka, kepekaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sensitive volumeisi padu pekaKejuruteraanTiadaBahagian sel yang peka pada sinaran.
environmental conscious design standardpiawai reka bentuk peka alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauGaris panduan yang dibangunkan oleh badan piawaian untuk reka bentuk peka alam sekitar yang merangkumi sektor perniagaan dan industri.
environmental conscious manufacturingperkilangan peka alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPembuatan produk yang memberi tumpuan kepada penggunaan bahan mentah dan sumber semula jadi secara efektif dan produktif. Perkilangan peka alam sekitar biasanya dapat meminimumkan kesan negatif terhadap pekerja dan alam sekitar.
biosensorbiopenderiaFizikNanoteknologiPeranti untuk mengesan analit yang menggabungkan komponen biologi dengan komponen pengesan fisikokimia. Biopenderia mengandungi beberapa komponen unsur peka secara biologi seperti tisu, mikroorganisma, organel, sel reseptor, enzim antibodi dan asid nuklid. Unsur peka dapat dibuat secara rekayasa biologi. Contoh biopenderia yang digunakan secara komersial ialah biopenderia glukosa darah yang menggunakan enzim untuk memecah glukosa darah. Peranti tersebut dapat memindahkan elektron ke elektrod dan menentukan kepekatan glukosa darah.
sensitivity analysisanalisis pekaPentadbiranTiadaAnalisis yang menunjukkan kepekaan nilai kini bersih projek terhadap perubahan dalam pemboleh ubah tertentu seperti kos, harga dan sebagainya.
sensitive volumeisi padu pekaKejuruteraanTiadaTiada
radiobiological sensitive volumeisi padu peka radiobiologiKejuruteraanTiadaJumlah titik terpeka dalam penghasilan kerosakan atau luka disebabkan sinaran.
environmental conscious design (ECD)reka bentuk peka alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProses reka bentuk yang mengambil kira kesan terhadap alam sekitar dalam membuat keputusan. Contohnya, reka bentuk bangunan hijau.
environmental conscious design compliancekepatuhan reka bentuk peka alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauReka bentuk alam sekitar yang mematuhi peraturan, kod dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa atau badan profesional.
photocellfotoselKimiaKimia AnalisisPeranti elektron foto peka keadaan pepejal yang ciri arus voltannya merupakan fungsi kepada sinaran tuju. Ia juga dikenali sebagai sel fotoelektrik.
1234

Kembali ke atas