Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (pékak) daun terup yg bertanda J. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dgn baik, tuli: ayahanda orang tua, kabur mata, ~ telinga; 2. be­ngap, tidak nyaring bunyinya; ~ (-pekak) badak a) = ~ batu pekak (tuli) benar-benar; b) pura-pura tidak mendengar, sengaja tidak mahu mendengar; c) tidak men­dengar bunyi (suara) yg kuat tetapi boleh mendengar bunyi (suara) yg lembut; ~ labang kurang baik pendengarannya, tuli sedikit; yg ~ pelepas bedil, yg buta pengembus lesung, yg bisu penggera ayam, yg lumpuh penghuni rumah prb setiap orang ada gunanya; memekak membuat bising; memekakkan 1. menjadikan pekak; 2. me­nyebabkan terasa pekak: bunyi enjinnya ~ telinga. terpekak pekak dgn serta-merta (kerana kepalanya kena pukul dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak dpt mendengar sama sekali; tidak dpt mendengar dgn baik; tuli. ~ badak tidak dpt mendengar bunyi yg kuat tetapi dpt mendengar bunyi yg perlahan. memekakkan 1 menyebabkan jadi pekak. 2 menyebabkan berasa pekak: Bunyi enjin kapal terbang itu ~ telinga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pekak (adjektif)
Bersinonim dengan tuli, berat telinga, congek, kurang pendengaran, tuna kerna;,
Kata Terbitan : memekakkan,

Peribahasa

Nan pekak pelepas bedil,
     nan buta pengembus lesung,
nan bisu penggera ayam,
     nan lumpur penghuni rumah.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang itu ada dengan gunanya; simbol persatupaduan yang kukuh. penggera = orang yang menyergah, menggertak.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acquired characteristicciri perolehanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKecacatan yang tidak berlaku ketika lahir, tetapi berlaku semasa hayat haiwan. Ciri perolehan boleh berlaku disebabkan oleh genetik ataupun bukan genetik. Contohnya, pekak perolehan sebagai manifestasi suatu bentuk penundaan pada pekak yang disebabkan oleh kecacatan genetik atau kerosakan pada telinga akibat bunyi yang terlalu kuat.
traumatic mutismmutisme traumatikPerubatanPsikiatriKetidakupayaan untuk bertutur, biasanya akibat pekak bawaan atau kerosakan otak.
implantable sensorsensor boleh implanFizikNanoteknologiPeranti penderia yang dapat ditanam di dalam badan. Peranti ini berupaya menjana kuasa sendiri dan serasi dengan badan manusia. Contohnya, penderia pendengaran yang dimasukkan ke dalam koklea bagi merawat masalah pekak yang serius.
huitainhuitainKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi lapan baris dalam satu rangkap. Teromba atau sesomba adalah bentuk puisi lama yang menggunakan bentuk huitain ini. Contohnya, Jika cerdik teman berunding Jika bingung disuruh arah Yang buta disuruh menghembus lesung Yang patah disuruh menunggu jemuran Yang pekak disuruh mencucuh meriam Yang berani dibuat kepala lawan Kalau kaya hendakkan emasnya Kalau alim hendakkan doanya.
implantable medical deviceperanti perubatan boleh implanFizikNanoteknologiAlat elektronik bersaiz kecil yang ditanam di dalam jasad. Peranti ini berupaya menjana kuasa sendiri dan serasi dengan badan manusia. Contohnya, perentak jantung diimplan pada bahagian jantung untuk membekalkan denyutan elektrik bagi membantu pengepaman darah oleh jantung dan juga memasukkan implan koklea ke dalam bahagian koklea bagi merawat masalah pekak yang serius.

Kembali ke atas