Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.kat] | ڤکت

Definisi : 1. tidak cair, kental, likat: santan itu kalau agak likat atau ~ boleh ditambah air sejuk; penuh ~ penuh sesak; susu ~ susu likat (dlm tin); tanah ~ tanah liat; 2. keras (kopi dll): Wak Kudin mengonyeh-ngonyeh lalu menelan dan kemudian menunda dgn air kopi ~; asid ~ asid yg kuat (tiada banyak ber­campur air); 3. tidak jernih (air); 4. gelap atau kelam (warna dll); gelap (kelam) ~ gelap sekali; hitam ~ hitam sekali; 5. ki tebal, teguh, kuat, dsb (bkn percakapan, kepercayaan dsb): loghat Kelantannya masih ~ walaupun telah lama menetap di Kuala Lumpur; tambah Solisir yg ~ dgn kepercayaan pd cerita dongeng; memekat menjadi pekat: hitam malam kian ~; memekatkan menyebabkan jadi pekat: bijirin ini digunakan utk ~ susu bayi; kepekatan perihal atau keadaan pekat: ~ ammonia; ~ malam; ~ warna; pemekatan perihal (proses atau perbuatan) memekatkan (bkn cecair dsb): ~ dgn penambahan gula, garam dan pengawet lain; pemekat bahan yg menjadikan pekat, bahan yg memekatkan: biasanya tepung jagung digunakan sbg ~ dlm masakan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.kat] | ڤکت

Definisi : bp muafakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.kat] | ڤکت

Definisi : 1 hampir beku (bkn benda cair); likat atau kental. 2 tidak jernih (bkn air); keras (bkn air kopi dll). memekatkan menjadikan pekat: Ibu ~ kuah itu dgn membubuh tepung sedikit. kepekatan keadaan pekat. pemekatan perbuatan atau proses memekatkan (cecair dsb). pemekat bahan utk memekatkan (cecair dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pekat (adjektif)
1. Bersinonim dengan likat: kental, hampir beku, hampir keras, melekit, melekat, menjelunut,
Berantonim dengan cair

2. Dalam konteks warna
bersinonim dengan gelap, tua, kelam,
Berantonim dengan terang

Kata Terbitan : memekatkan, kepekatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aqua regiaakua regiaKimiaTiadaCampuran satu isi padu asid nitrik pekat dengan empat isi padu asid hidroklorik pekat. Campuran ini berwarna kuning dan sangat mengakis, dan disebut sebagai akua regia kerana keupayaan melarutkan logam adi seperti platinum, perak dan emas. Akua regia merupakan agen pengoksidaan yang kuat.
sputum samplesampel kahakKesihatan AwamTiadaCairan pekat yang dikeluarkan daripada saluran pernafasan semasa batuk, yang digunakan sebagai bahan uji untuk mengesan virus penyebab penyakit. Cairan pekat bukan air liur ini biasanya dikumpulkan pada waktu pagi dan kadangkala tiga sampel perlu dikumpulkan secara berturut-turut bergantung pada jenis jangkitan.
elixireliksirHerbaFitoterapiCecair pekat manis yang mengandungi ubat atau herba yang diberikan melalui mulut. Eliksir mungkin mengandungi alkohol serta bahan perisa.
pusnanahKejururawatanTiadaCecair pekat kekuning-kuningan atau kehijau-hijauan terbentuk pada tapak jangkitan. Nanah terdiri daripada sel-sel darah putih yang sudah mati, bakteria hidup dan mati dan serpihan-serpihan tisu yang telah mati.
skin creamkrim kulitFizikNanoteknologiCecair pekat yang disapu pada lapisan luar kulit (epidermis) untuk melembapkan kulit, melindungi kesan terbakar akibat terik matahari, mencegah proses penuaan atau untuk tujuan rawatan tertentu. Krim ini terdiri daripada campuran bahan kimia tertentu sama ada yang diperoleh secara tabii atau sintetik. Bagi penggunaan yang lebih berkesan, krim ini disediakan menggunakan kaedah nanoteknologi, iaitu beberapa bahan kimia dikapsulkan dalam sfera kaca atau gel bersaiz nanometer.
gold powderserbuk emasFizikNanoteknologiAdunan pekat zarah emas bersaiz antara 10 nm - 30 nm yang dihasilkan dengan menggunakan penyalut polimer. Bahagian pepejal adunan ini mempunyai berat sehingga 85% emas. Penggunaannya adalah untuk penyaduran permukaan, elektronik, optik, pemangkin, pewarna, dan perencat pertumbuhan barah. Contohnya, penggunaan zarah emas dalam pembuatan gelas Venetian berwarna merah.
greasegrisKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMinyak pekat yang digunakan untuk melincirkan bahagian yang bergerak.
crude extractekstrak mentahHerbaPemiawaianSediaan cecair pekat yang menggunakan pelarut organik atau akueus. Ekstrak mentah boleh disediakan melalui kaedah rendaman sejuk atau panas. Contohnya, ekstrak metanol tongkat ali (Eurycoma longifolia) dipekatkan melalui proses nyahpelarut untuk menghasilkan ekstrak mentah.
espressoespressoPentadbiran PerniagaanTiadaSejenis minuman kopi pekat yang berasal dari Itali, yang disediakan dengan cara melalukan air mendidih atau wap pada biji kopi yang telah dikisar.
dark chocolatecoklat gelapPentadbiran PerniagaanTiadaCoklat yang sedikit pahit dan berwarna perang pekat tanpa susu.
123

Kembali ke atas