Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ker.ja] | ڤکرجا

Definisi : orang yg bekerja (lazimnya utk men­dapat bayaran atau memperoleh pendapat­an), orang yg memegang sesuatu jawatan (dlm perkhidmatan awam atau swasta): beberapa orang ~ telah diberhentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat itu; badan ~ Id jawatankuasa (panitia) yg terdiri drpd beberapa ahli (pertubuhan dll) yg ber­tanggungjawab terhadap kerja sehari-hari; ~ bulanan (harian, mingguan) pekerja yg menerima bayaran tiap-tiap bulan (hari, minggu); ~ haram pekerja (biasanya rakyat negara asing) yg bekerja tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa yg berkenaan; ~ hukuman orang yg terpaksa bekerja kerana menjalani hukuman; ~ kabel orang yg kerja­nya memasang atau membaiki kerosakan kabel; ~ lapangan orang yg membantu penyelidik, pakar dsb melakukan kerja lapang­an; ~ lepas pekerja yg tidak tetap; ~ rencam pekerja yg membuat berbagai-bagai kerja kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ker.ja] | ڤکرجا

Definisi : orang yg bekerja utk memperoleh pendapatan: Tiga orang ~ syarikat itu telah dipecat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
job rotationpusingan kerjaPentadbiranTiadaKaedah daripada rancangan pengurusan untuk memindahkan atau menukarkan pengurus dan pekerja-pekerja lain buat sementara daripada satu tugas ke satu tugas yang lain dalam organisasi untuk memberikan pengalaman dan pengetahuan yang luas.
sex discriminationdiskriminasi jantinaEkonomiTiadaLayanan kurang baik terhadap pekerja wanita berbanding dengan pekerja lelaki. Misalnya, pembayaran gai dan upah yang rendah diberi kepada pekerja wanita berbanding dengan pekerja lelaki kerana prasangka terhadap kebolehan , kemahiran, dan kekuatan tenaga fizikal kaum wanita, serta ketiadaan kesatuan sekerja wanita. Sinonim diskriminasi wanita.
guild socialismfaham sosialis perikatanSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang berkembang di Great Britain yang mencadangkan satu sistem perusahaan sendiri melalui syarikat pekerja. Teori ini diperkenalkan oleh Arthur J. Penty yang mementingkan semangat kerjasama di kalangan pekerja. Melalui fahaman ini, pekerja merupakan golongan yang paling layak mengurus dan memiliki perusahaan tersebut melalui syarikat yang dibentuk. Fungsi pemerintah pula hanya memiliki alat pengeluaran atau kilang dan mentadbir pengurusannya tetapi keuntungan dimiliki oleh syarikat pekerja tersebut. Walau bagaimanapun, syarikat pekerja ini perlu membayar cukai kepada kerajaan. Fahaman ini membidas idea Marx dengan menekankan bahawa pekerja perlu berusaha untuk menguasai perusahaan dan bukan tertumpu kepada reformasi politik . Faham sosialis pernah dilaksanakan pada awal abad ke-20 tetapi tidak dapat bertahan lama. Walaupun begitu, fahaman ini kuat mempengaruhi perkembangan kesatuan sekerja di United Kingdom. Sinonim sosialisme perikatan.
employee insuranceinsurans pekerja pentinginsuransTiada1. Insurans hayat atau insurans kesihatan bagi pekerja penting untuk melindungi kerugian kewangan yang akan dihadapi oleh majikan jika khidmat pekerja tersebut terhenti. Polisi tersebut dimiliki dan premium dibayar oleh majikan. 2. Dalam insurans kesihatan, istilah ini digunakan juga untuk menunjukkan Insurans Gaji Berterusan atau pelan faedah perubatan yang dibayar kepada pekerja penting dengan premium dibiayai sepenuh atau sebahagiannya oleh majikan.
Marxism-Leninismfaham Marx-LeninSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman komunis yang dikembangkan oleh Lenin dari doktrin Marx berhubung dengan revolusi komunis yang menggabungkan kelas pekerja, pemimpin pekerja dan petani. Pemikiran ini wujud kerana kegagalan gagasan Marx dalam melahirkan masyarakat komunis secara dialektik materialisme semula jadi. Marx meramalkan golongan buruh ini akan melancarkan revolusi proletar untuk menjatuhkan kelas kapitalis lalu membentuk satu masyarakat tanpa kelas. Lenin kemudiannya mengubah suai fahaman Marx dan membentuk sebuah parti politik di Rusia untuk menggerakkan kelas bawahan gabungan buruh dan petani bagi melancarkan revolusi memperbaik kedudukan mereka. Antara pindaan penting yang dibual oleh Lenin ialah penampilan peranan parti politik, penonjolan kelas tani serta peranan sekumpulan kecil elit yang mendorong kepada revolusi ini. Pemikiran ini merupakan pencetus revolusi di Rusia pada tahun 1917. Sinonim Marxisme-Leninisme.
quiet firingpemecatan senyapPentadbiranTiadaSituasi dalam pekerjaan apabila majikan mewujudkan keadaan persekitaran kerja yang tidak kondusif dan menyusahkan pekerja sehingga menyebabkan pekerja membuat keputusan untuk berhenti kerja atas kerelaan sendiri.
workplace victimizationpemangsaan tempat kerjaKriminologiKeadilan JenayahKeadaan seseorang pekerja yang menjadi mangsa secara fizikal atau bukan fizikal di tempat kerja yang menggugat kesejahteraan atau prestasi pekerja tersebut. Contohnya, membuli di tempat kerja, gangguan seksual dan mendedahkan pekerja kepada bahaya yang tidak wajar.
decruitmentpengurangan pekerjaPentadbiranTiadaPengurangan pengambilan pekerja oleh sesebuah organisasi.
staff attritionsusutan pekerjaEkonomiTiadaKehilangan pekerja melalui proses semula jadi, seperti persaraan, peletakan jawatan, jawatan, kesihatan diri atau sebab lain yang seumpamanya.
employee fraudfraud pekerjaUndang-undangTiadaPerbuatan menipu oleh pekerja dengan sengaja berbohong, menipu atau mencuri daripada syarikat dengan niat untuk mendapatkan faedah atau pampasan.
12345678910...

Kembali ke atas