Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl makanan dll yg sudah ditentukan, catu, rangsum: Sultan Iskandar Shah menyuruh mengeluarkan beras kpd bendahari akan ~ segala rakyat; ~ habis Palembang tak alah prb modal telah banyak habis tetapi faedah akhirnya tiada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. orang yg melabur (menanam modal); 2. bekalan makanan (wang dll); ~ asing individu atau syarikat dr luar negara yg melaburkan modalnya dlm sesuatu perniagaan dsb; ~ institusi (Eko) institusi atau organisasi yg mengumpul dan mengurus dana drpd orang ramai utk tujuan pelaburan secara besar-besaran dlm pasaran saham dsb; ~ runcit (Eko) pelabur individu yg jumlah pelaburan­nya sangat kecil (hanya beberapa lot saham dsb); ~ habis Palembang tak alah prb perbuatan yg sia-sia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 orang (syarikat dsb) yg melabur atau yg melaburkan sesuatu. 2 bekalan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelabur

Peribahasa

Arang habis binasa,
     tukang hembus penat saja.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Pelabur habis, Palembang tak alah, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
portpolio analysisanalisis portfolioEkonomiTiadaAnalisis yang menentukan kombinasi aset kewangan yang cekap dan memberikan jangkaan pulangan yang maksimum kepada pelabur, di samping memenuhi keperluan kecairan pelabur tersebut. Andaian utama analisis ini ialah pelabur akan mengutamakan portfolio yang dijangka memberi kadar pulangan yang maksimum apabila berhadapan dengan satu tingkat risiko tertentu.
master funddana indukKewanganTiadaKompleks dana yang mengumpulkan dana daripada pelabur dan kemudiannya melaburkan dana-dana tersebut ke pelbagai pasaran sebelum menyerahkan semula keuntungan kepada pelabur.
passive investorpelabur pasifPenilaian Harta TanahTiadaTiada
institutional investorpelabur institusi tanahPenilaian Harta TanahTiadaTiada
blended financepembiayaan campuranKewanganTiadaStrategi sumber modal awam untuk menarik pihak pelabur swasta bagi melabur dalam projek yang boleh mencapai pulangan kewangan positif terhadap kesan sosial dan alam sekitar.
equity crowdfundingpendanaan awam ekuitiKewanganTiadaKaedah mengumpulkan modal untuk digunakan oleh syarikat pemula niaga daripada beberapa pelabur dengan menawarkan pegangan saham dalam syarikat sebagai pertukaran untuk pelaburan.
pitchingpicingPentadbiran PerniagaanTiadaPembentangan idea perniagaan yang dilakukan untuk menerangkan produk atau perkhidmatan yang dijual atau ditawarkan kepada bakal pembeli atau bakal pelabur yang berpotensi.
bourgeoisborjuisEkonomiTiadaSatu kelas pertengahan masyarakat yang terlibat dalam industri yang mengikut Karl Marx, menjadi penindas kepada kelas pekerja (proletariat). Mereka termasuk pedagang, jurubank, pelabur utama, dan usahawan di sektor industri. Golongan ini memainkan peranan penting semasa revolusi industri di Eropah Barat.
supply-side economyekonomi sebelah penawaranEkonomiTiadaFalsafah ekonomi yang mempercayai bahawa peningkatan pengeluaran oleh sektor swasta dapat dicapai dengan mengurangkan cukai dan perbelanjaan. Pengurangan cukai akan menggalakkan pelabur swasta menambahkan pengeluaran melalui penambahan tenaga kerja. Pengurangan cukai juga akan menggalakkan individu dan sektor swasta meningkatkan tabungan dan pelaburan. Peningkatan pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi tanpa mewujudkan inflasi. Fahaman ekonomi yang di pelopor oleh Laffer ini mengurangkan kadar pengangguran, dan ini bertentangan dengan ekonomi sebelah permintaan yang dipelopori oleh Keynes.
cagamas bondbon cagamasEkonomiTiadaBon yang dikeluarkan oleh Perbadanan Cagaran Malaysia (Cagamas) Berhad yang bertujuan mewujudkan pasaran peringkat kedua bagi pinjaman utama, terutama pinjaman perumahan. Cagamas Berhad bertindak sebagai pengantara antara pemberi pinjaman utama dan pelabur, iaitu dengan membeli pinjaman perumahan yang belum terjelas daripada bank atau institusi kewangan, dan pada masa yang sama menerbitkan bon cagamas untuk dijual kepada orang ramai untuk membiayai pembelian tersebut.

Kembali ke atas