example class | kelompok model | Pendidikan | Tiada | Kaedah mengajar di peringkat pengajian tinggi, yang memerlukan pelajar menyelesaikan masalah melalui perbincangan di dalam kelompok kecil sebagai contoh atau model kepada pelajar-pelajar lain dalam kelas berkenaan. |
Mozart effect | kesan Mozart | Psikologi | Psikologi Umum | Kesan muzik yang dikatakan boleh meningkatkan kemampuan ruang (spatial) individu yang terlibat. Rauscher dan Shaw (1998) melaporkan bahawa sonata piano Mozart yang diperdengarkan kepada pelajar kolej didapati dapat meningkatkan prestasi ujian taakulan ruang pelajar-pelajar tersebut. Kejayaan ini telah membuatkan ramai ibu bapa memperdengarkan muzik tersebut kepada anak-anak mereka supaya mereka menjadi orang yang bijaksana apabila dewasa. Walau bagaimanapun, kesan ini tidak dapat ditunjukkan dalam kebanyakan kajian yang dijalankan. Namun, ramai pengkaji bersetuju bahawa muzik Mozart boleh meningkatkan tahap kewaspadaan kanak-kanak dan merangsang keadaan rasa hati yang lebih baik. |
child-centred method | kaedah tumpu pelajar | Pendidikan | Tiada | Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan keperluan pelajar atau berorientasikan pelajar. |
interaction analysis | analisis saling tindak | Pendidikan | Tiada | 1. Proses mengkaji dan mencatat secara terperinci kesalingtindakan di antara pelajar dengan pelajar, guru, dan sebagainya. |
differentiated curriculum | kurikulum pembezaan | Pendidikan | Tiada | Program pengajian yang direka bentuk khusus untuk pelajar yang berbeza dari segi keperluan pembelajaran seperti pelajar cerdas dan pelajar bermasalah dalam pembelajaran. |
computer-assisted instruction | pengajaran berbantukan komputer | Pendidikan | Tiada | Penggunaan komputer dalam pengajaran untuk membantu mempersembahkan bahan pengajaran kepada pelajar, memantau kemajuan pelajar atau memilih bahan pengajaran tambahan mengikut keperluan pelajar. |
gifted student | pelajar geliga | Pendidikan | Tiada | Pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang lebih tinggi daripada pelajar biasa. |
Rosenthal effect | kesan Rosenthal | Pendidikan | Tiada | Ramalan guru terhadap pencapaian pelajar atas usaha pelajar sendiri. |
Pygmalion effect | kesan Pygmalion | Pendidikan | Tiada | Ramalan guru terhadap pencapaian pelajar atas usaha pelajar sendiri. |
relative grading | pengredan relatif | Pendidikan | Tiada | Sistem pemberian gred yang berasaskan pencapaian pelajar dalam hubungan dengan pelajar lain. |