Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.kon] | ڤلاکون

Definisi : orang yg berlakon dlm drama (sandi­wara dll), tokoh dlm cerita dll: siapakah ~ yg akan membintangi filem itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.kon] | ڤلاکون

Definisi : orang yg berlakon dlm drama (sandiwara, filem dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lakon
Kata Terbitan : berlakon, melakonkan, lakonan, pelakon,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alienation effectkesan keterasinganKesusasteraanTiadaKeadaan khalayak dan pelakon yang perlu mengekalkan jarak kritikal semasa persembahan drama. Khalayak perlu sedar bahawa mereka sedang menonton sebuah lakonan semata-mata dan sepatutnya boleh membezakan antara ilusi dengan realiti. Justeru, khalayak seharusnya tidak mengidentifikasikan diri mereka dengan pelakon. Pelakon perlu mengekalkan jarak dengan watak yang dilakonkan agar penonton tidak menyerapkan dirinya ke dalam watak itu. Oleh itu, pelakon menjadi lebih kritis terhadap watak yang dilakonkannya. Hal ini berbeza dengan konsep Dramatic Theatre Aristotle yang membawa penonton ke dunia ilusi. Penonton terlalai sehingga menerima apa yang berlaku di atas pentas sebagai realiti. Kesan keterasingan merupakan unsur penting dalam teori drama Bertolt Brecht. Untuk melahirkan kesan pengasingan ini, Brecht mendedahkan mekanisme pentas dengan menggunakan lagu atau ucapan untuk memisahkan setiap episod dalam persembahannya agar penonton bertindak lebih wajar dan kritikal. Kesan keterasingan ditemui dalam drama Anwar Ridhwan bertajuk Yang Menjelma dan Yang Menghilang.
monodramamonodramaKesusasteraanTiadaDrama yang dilakonkan oleh seorang pelakon sahaja. Drama ini boleh dianggap suatu monolog dramatik. Dalam monodrama, seorang pelakon boleh mengambil semua peranan dalam persembahan, iaitu beraksi, mengucapkan semua dialog dan menyanyi. Monodrama dikenali juga sebagai lakonan solo. Contoh monodrama daripada teater tradisional ialah Dalang Wayang Kulit, Tok Selampit dan Awang Belanga (Batil). Contoh lain ialah Emily of Emerald Hill oleh Stella Kon. Lihat juga monolog dramatik.
improvisationimprovisasiKesusasteraanTiadaPerlakuan secara spontan oleh seseorang pelakon dalam sesuatu seni persembahan. Contohnya dalam persembahan drama, jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka, pelakon harus tahu menanganinya secara improvisasi, iaitu melakukan gerak, aksi atau ucap yang boleh memberikan reaksi sewajarnya terhadap kejadian yang tidak dijangka itu. Improvisasi berasal daripada perkataan Latin improvisus yang bermaksud �tanpa persediaan�.
asideaisik kuatKesusasteraanTiadaTeknik lakonan yang membolehkan pelakon mendedahkan pemikiran dan emosinya tentang watak lain atau sesuatu peristiwa kepada penonton. Pada waktu itu, pelakon lain berada di atas pentas, dan mereka seolah-olah tidak mendengar bisikan kuat itu. Teknik ini digunakan dalam drama Shakespeare, opera Cina, drama Sanskrit, dan bangsawan. Lihat juga senandika.
black theatreteater hitamKesusasteraanTiadaTeater yang bermula dengan hasrat warga Amerika yang berkulit hitam untuk mencari jati diri. Teater hitam dipengaruhi oleh Gerakan Hak-hak Sivil, dan gerakan Black Power di Amerika Syarikat. Pada tahun 60-an, gerakan teater ini menjadi semakin radikal. Pelakon teater berkulit hitam mula memisahkan diri mereka daripada pelakon teater berkulit putih Amerika. Seterusnya, mereka mementaskan teater untuk penonton berkulit hitam sahaja walaupun untuk drama Shakerspeare. Teater pertama dipentaskan oleh pelakon teater berkulit hitam berjudul A Raisin in the Sun (1959) oleh Hansberry. Antara pelakon teater dan drama berkulit hitam yang terkemuka ialah Jamses Baldwin, Ed Bullins, dan Le Roi Jones. Le Roi kemudiannya menukarkan nama kepada Amamu Amiri Baraka. Lihat juga negritude.
castingpenuangan; kumuh; perkumuhan; pemilihan pelakonPertanianTiadaTiada
castingpenuangan; kumuh; perkumuhan; pemilihan pelakonGeologiTiadaTiada
castingpenuangan; kumuh; perkumuhan; pemilihan pelakonPerubatanTiadaTiada
castingpenuangan; kumuh; perkumuhan; pemilihan pelakonPerubatanTiada1. Proses membuat aplians atau restorasi pergigian dari logam.
castingpenuangan; kumuh; perkumuhan; pemilihan pelakonKejuruteraanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas