accountable administrator | pentadbir bertanggungjawab | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu atau pegawai yang bertanggungjawab dalam pentadbiran sesebuah organisasi. Pegawai tersebut turut terlibat dalam penggubalan dasar dan bertanggungjawab memastikan kelicinan perjalanan dan pelaksanaannya. Beliau juga bertanggungjawab terhadap setiap perbelanjaan dan kualiti sesebuah projek. Bagi menyemak pelaksanaannya, pegawai perlu mengadakan pemantauan dari masa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang kelemahan, pegawai tersebut perlu mengambil tindakan pembetulan dengan kadar segera agar tidak memberikan impak negatif. |
integrated emulator | pelagak bersepadu | Kejuruteraan | Tiada | Perisian pelagak yang pelaksanaannya dikawal oleh sistem kendalian di dalam sekitaran pelbagai pemprosesan. |
economic authority | autoriti ekonomi | Pentadbiran | Tiada | Badan tertentu yang bertanggungjawab terhadao dasar ekonomi dan pelaksanaannya. |
deferred method | kaedah tangguh | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah yang dinyatakan dalam takrif kelas tetapi tidak dijelaskan pelaksanaannya, biasanya pelaksanaan kaedah ini diberi oleh subkelas. |
government news | berita kerajaan | Komunikasi | Tiada | Berita yang melaporkan tentang kegiatan kerajaan seperti membuat dasar, tafsiran dan pelaksanaannya. |
authoritarian theory | teori adikara | Komunikasi | Tiada | Teori yang menyatakan bahawa institusi akhbar harus dikawal dari segi fungsi dan pelaksanaannya oleh kerajaan. Teori ini merupakan teori akhbar yang paling meluas diterima dari segi sejarah serta geografi. |
design specification | spesifikasi reka bentuk | Pendidikan | Tiada | 1. Butiran kriteria atau matlamat sesuatu program atau krusus yang ditentukan dan perlu dicapai selepas pelaksanaannya. |
consulting engineer | jurutera perunding | Kejuruteraan | Tiada | Jurutera profesional yang diupah oleh arkitek atau pelanggan atau jurutera lain, untuk mereka bentuk sesuatu sistem dan menyelia pelaksanaannya. |
short term planning | perancangan jangka pendek | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perencanaan yang dilaksanakan untuk mencapai objektif jangka pendek tetapi kemas dan menyeluruh dari segi pelaksanaannya. Biasanya perancangan ini melibatkan tempoh masa yang tidak melebihi tiga tahun. Bentuk perancangan ini tidak memerlukan pemantauan yang rapi kerana akan melibatkan kos dan guna tenaga yang banyak. Misalnya projek penyelidikan organisasi untuk mengetahui punca masalah terhadap sesuatu isu semasa seperti jerebu yang mencemar alam sekitar negara yang disebabkan oleh kebakaran dari negara jiran. |
monoculture | monokultur | Pertanian | Agroteknologi | Amalan pertanian yang mengkhusus pada satu jenis tanaman sahaja di sesebuah tempat. Jenis penanaman ini digunakan secara meluas dalam industri pertanian moden dan pelaksanaannya telah memberikan impak yang besar dalam penggunaan tenaga kerja kerana telah meminimumkan penggunaan buruh. Sistem monokultur juga memudahkan pengurusan tanaman disebabkan semua keperluan tanaman seperti baja adalah sama untuk seluruh ladang. Walau bagaimanapun, sistem ini terdedah kepada risiko kerugian teruk jika dilanda penyakit atau perosak. Contohnya, ladang kelapa sawit di Malaysia merupakan sistem monokultur kerana hanya kelapa sawit sahaja ditanam dalam kawasan yang seluas beribu hektar. |