housing layout plan | pelan tataatur perumahan/ pelan susun atur perumahan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pelan pembahagian tanah terperinci bagi kawasan perumahan. |
premium discount plan | pelan premium berdiskaun | insurans | Tiada | Pelan yang terdapat dalam pengkadaran tertentu yang memberi pengurangan premium berdasarkan peratusan tertakluk pada jumlah premium tersebut. Contoh: dalam insurans pampasan pekerja sudah termaklum bahawa kos bagi mengeluarkan dan perkhidmatan sesuatu polisi berkurangan apabila amaun premium bertambah. Dengan isu, pelan tersebut memberi pemegang polisi kemudahan pengurangan ini. |
pension plan | pelan pencen | insurans | Tiada | Pelan yang menyediakan pendapatan persaraan dan faedah berkaitan. |
retirement plan | pelan persaraan | insurans | Tiada | lih. pelan pencen. |
axial plan | pelan paksian | Kesenian | Hiasan Dalaman | Pelan ruang yang dibuat berasaskan garisan paksi atau garisan bujur. |
money purchase plan | pelan belian tunai | insurans | Tiada | Pelan persaraan atau pencen yang bayarannya dibuat secara berkala untuk membeli anuiti bagi setiap pekerja yang dilindungi. Jumlah anuiti ini akan dibayar kepada pekerja apabila mereka bersara kelak. |
prospective rating plan | pelan pengkadaran prospektif | insurans | Tiada | Pelan yang menggunakan formula untuk menetapkan kadar serta premium bagi sesuatu tempoh yang tertentu berdasarkan sebahagian atau keseluruhan pengalaman kerugian bagi tempoh yang lalu. |
zoning plan | pelan pengezonan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pelan pembahagian kawasan lazimnya menunjukkan kegunaan tanah dan kepadatan penduduk tujuannya untuk merancang dan mengawal pembangunan. |
sketch plan | pelan lakar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pelan lakaran di peringkat awal sesuatu proses perancangan atau reka bentuk. |
amended plan | pelan pindaan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pelan yang telah dipinda untuk memenuhi keperluan tertentu. |