lift-off | pelancaran | Aeroangkasa | Tiada | 2. Pelancaran: Detik permulaan pelancaran apabila kekuatan daya tujahan roket melebihi daya tarikan graviti. |
launch campaign | kempen pelancaran | Aeroangkasa | Tiada | Tempoh penyediaan tapak pelancaran dan kenderaan pelancar untuk tujuan pelancaran. |
launch phase | fasa pelancaran | Aeroangkasa | Tiada | Fasa pelancaran pesawat ke angkasa. |
launch site | kawasan pelancaran | Aeroangkasa | Tiada | Kawasan yang digunakan bagi tujuan pelancaran pesawat. |
launch load | beban pelancaran | Aeroangkasa | Tiada | Beban yang dikenakan ke atas pesawat semasa pelancaran, seperti getaran dan gelombang akustik bertenaga tinggi. |
launch system | sistem pelancaran | Aeroangkasa | Tiada | Sistem yang terdiri daripada alat-alat yang membantu pelancaran sesebuah pesawat. |
launching ways | laluan pelancaran | Kejuruteraan | Tiada | set balak berat dan panjang, yang diatur secara memanjang di bawah kapal semasa pembinaan dan pelancaran, dengan satu set di satu sisi, dan mencerun ke air. |
satellite data | data satelit | Aeroangkasa | Tiada | Data satelit bagi pelancaran yang berjaya yang terdiri daripada siri penamaan, tarikh pelancaran, apogi, perigi dan sebagainya. |
prelude | pramula | Komunikasi | Korporat | Peristiwa atau keadaan yang berlaku sebelum sesuatu perkara yang lebih besar dan utama berlangsung. Pramula boleh wujud dalam keadaan yang terancang atau tidak terancang. Contohnya, pelancaran barangan atau perkhidmatan dalam pengiklanan dan pelancaran sesuatu acara besar dalam komunikasi korporat. Sebelum barangan atau perkhidmatan dilancarkan dalam pasaran, pramula diadakan untuk mewujudkan suasana awal sesuatu kempen atau acara dalam suatu tempoh sebelum pelancaran kempen pengiklanan atau pengurusan acara utama diadakan. Dalam pengiklanan dan komunikasi korporat, pramula merupakan alat yang dirancang untuk mendapatkan kesan akhir yang maksimum. |
special mechanical effect | kesan khas mekanikal | Komunikasi | Korporat | Kesan audiovisual yang dihasilkan khusus bagi mewujudkan suasana bermakna kepada sesuatu acara. Keadan ini boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai bahan ciptaan seni, seperti kertas, asap, air, kabus, bahan pewarna, lampu, dan peralatan lain yang berkaitan. Penggunaan bahan ciptaan ini perlu digabungkan dengan peralatan audiovisual, mesin mekanikal, teknologi berkomputer, dan perisian multimedia. Dalam komunikasi korporat, pengurusan atau pelancaran sesuatu acara banyak menggunakan kesan khas pelancaran sesuatu acara banyak menggunakan kesan khas mekanikal bagi mewujudkan daya tarikan khalayak. Melalui kaedah ini, khalayak akan lebih memberikan tumpuan pada acara yang dijalankan. Contohnya, acara pelancaran buku, pelancaran model kereta terbaharu, dan pelancaran barangan amanah saham akan lebih mendapat perhatian. Dalam bidang pengiklanan, kesan khas mekanikal digunakan untuk menghasilkan iklan jalanan yang memberikan kesan pergerakan, kesan pertukaran warna, dan kesan lain yang diperlukan. Kerja pencipt |