linked numbering scheme | skim pernomboran terpaut | Kejuruteraan | Tiada | diagihkan di antara pelanggan-pelanggan pada beberapa ibu sawat dalam kawasan tertentu. |
murabahah financing | pembiayaan murabahah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembiayaan yang diberikan oleh bank kepada pelanggan berasaskan prinsip murabahah. Bank membeli barangan yang dikehendaki oleh pelanggan dan menjual kepada pelanggan dengan harga kos belian tambah margin. Kos belian dan margin harus diketahui oleh pelanggan. Pelanggan pula bersetuju membayar harga jualan secara ansuran. |
account management | pengurusan pelanggan | Komunikasi | Korporat | Sistem mengurus aktiviti khidmat perundingan yang diberikan kepada pelanggan. Sistem pengurusan ini wujud dalam agensi perhubungan awam dan pengiklanan. Bahagian pengurusan pelanggan bertanggungjawab untuk mengendalikan akaun yang mengandungi senarai aktiviti perhubungan awam atau pengiklanan yang telah dipersetujui oleh pelanggan. Pelanggan bertanggungjawab membayar setiap perkhidmatan yang diperoleh berdasarkan ketetapan yang terdapat dalam kontrak. Tempoh kontrak ditetapkan oleh kedua-dua pihak. Sekiranya pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh agensi, kontrak pada kebiasaannya akan diperbaharui. Contoh aktiviti khidmat perundingan yang dilakukan oleh agensi ialah pengurusan promosi dan publisiti, pengurusan jenama, pengurusan citra dan reputasi, pengurusan acara, dan pelobian. Strategi pengurusan pelanggan melibatkan pelbagai kaedah komunikasi yang sesuai dan mampu meninggalkan kesan yang menyeluruh. Sinonim pengurusan akaun. |
house list | senarai milikan | Komunikasi | Korporat | Senarai nama dan maklumat yang memudahkan urusan komunikasi yang berkaitan pelanggan, sama ada pelanggan tetap, bekas pelanggan, atau bakal pelanggan yang disimpan oleh sesebuah organisasi atau syarikat. Fungsi senarai nama ini adalah untuk memudahkan usaha pemasaran dan meluaskan aktiviti pengukuhan citra organisasi atau syarikat, dan mengekalkan serta meluaskan jaringan. Walau bagaimanapun, senarai yang tersimpan terdiri daripada nama pelanggan terpilih yang mempunyai kecenderungan tinggi untuk terus berurusan dengan sesuatu syarikat atau organisasi. |
CPE (customer premises equipment) | CPE (peralatan premis pelanggan) | Teknologi Maklumat | Tiada | Peralatan yang terletak di premis pelanggan untuk membolehkan pelanggan menikmati kemudahan perkhidmatan. Peralatan ini dimiliki oleh pembekal perkhidmatan atau pelanggan sendiri. Contohnya kotak atas set, set telefon dan alat penerima ASTRO. |
secure socket layer (SSL) | lapisan soket selamat (SSL) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Protokol keselamatan yang mem- benarkan komunikasi antara pelayan dengan aplikasi pelanggan seperti pelayar web. SSL bertindak sebagai antara muka antara aplikasi dengan protokol TCP/IP bagi menyediakan penyahihan pelayan dan pelanggan serta saluran komunikasi yang disulitkan antara pelayan dan pelanggan. Pelanggan dan pelayan bersetuju untuk menggunakan sekumpulan penyulitan untuk sesi penyulitan dan pencincangan. Contohnya, algoritma penyulitan yang digunakan ialah DES, SHA-J atau RC4 dengan kekunci 128 bit dan MD5. Sinonim keselamatan lapisan pengangkutan (TLS). |
client contact | hubungan pelanggan | Komunikasi | Tiada | Hubungan baik yang terbentuk antara pelanggan dengan pengiklan supaya pelanggan mengekalkan hubungan niaga dengan syarikat pengiklan. |
line of credit | baris kredit | Pentadbiran | Tiada | Perjanjian antara bank dengan pelanggan, iaitu pelanggan dibenarkan meminjam pada bila-bila masa bergantung kepada had tertentu. |
server | pelayan | Teknologi Maklumat | Perisian | Atur cara yang menawarkan perkhidmatan daripada komputer pelayan kepada atur cara lain pada komputer pelanggan. Penyambungan antara pelanggan dengan pelayan adalah melalui suatu rangkaian komputer. Penyambungan ini menggunakan protokol yang dapat mengekodkan permintaan pelanggan dan pelayan dapat memberi maklum balas kepada pelanggan. Contoh pelayan ialah pelayan fail, web dan e-mel, iaitu berdasarkan kepada jenis perkhidmatan yang diberikan kepada komputer pelanggan. |
quality disclosures | pendedahan kualiti | Ekonomi | Tiada | Penyebaran maklumat mengenai kualiti sesuatu keluaran kepada bakal-bakal pelanggan supaya pelanggan mudah membuat pilihan untuk membeli. |