visitor participation | penyertaan pelawat | Pelancongan | Tiada | Pelibatan pelawat dalam aktiviti yang diadakan oleh penganjur yang meninggalkan kesan mendalam terhadap pelawat. |
day visitor | pelawat harian | Pelancongan | Tiada | Pelawat yang berkunjung ke sesuatu tempat kurang daripada 24 jam dan tidak menginap. |
caller | pelawat; pemanggil | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Pelawat: Orang yang melawat ke pejabat. 2. Pemanggil: Orang yang membuat panggilan telefon. |
domestic excursionist | pelawat harian domestik | Pelancongan | Tiada | Pelawat tempatan yang mengunjungi sesuatu pusat pelancongan kurang daripada 24 jam dan tidak menginap. |
visitor characteristic | ciri pelawat | Pelancongan | Tiada | Sifat dan pengenalpastian terhadap pelawat yang dinilai berdasarkan umur, jantina, bangsa, budaya dan kewarganegaraan. |
visitor use planning | perancangan guna pelawat | Pelancongan | Tiada | Perancangan sesuatu kawasan yang mengoptimumkan kepuasan pelawat tanpa menjejaskan alam sekitar. |
visitor information staff | staf maklumat pelawat | Pelancongan | Tiada | Kakitangan yang bertanggungjawab untuk mengendalikan pusat maklumat pelawat. |
convention and visitor bureau | biro konvensyen dan pelawat | Pelancongan | Tiada | Agensi kerajaan yang menyediakan khidmat nasihat kepada pelawat, seperti maklumat berkaitan dengan tempat tarikan pelancong atau kemudahan urusan perjalanan. |
international excursionist | pelawat harian antarabangsa | Pelancongan | Tiada | Individu yang berkunjung ke luar negara tanpa bermalam. |
farm visit | lawatan ladang | Pelancongan | Tiada | Kunjungan pelawat untuk menikmati suasana dan mempelajari cara hidup di ladang. |