complementary set | set pelengkap | Matematik | Tiada | Set yang terdiri daripada semua unsur yang tidak dimiliki oleh suatu set yang diberi. Set pelengkap kepada set A biasanya dilambangkan dengan A’. Contoh: Katalah set semesta {1, 2, 3, 4, 5, 6} dan A = {1, 2}. Set pelengkap kepada A atau A’ ialah {3, 4, 5, 6}. |
veil | layah | Kesenian | Tiada | 1. Hiasan pelengkap yang dibuat daripada fabrik renda, net, tulle atau fabrik jarang. Dipakai di kepala dan didrep ke belakang, ia juga boleh didrep ke atas dan ke bahu.,2. Fabrik net atau tulle yang dilekatkan pada topi. Pada akhir abad ke-18 hingga akhir abad ke-19 diperbuat daripada fabrik net, renda atau gauze dan dipakai bersama bonet atau topi wanita. |
supplementary protein | protein pelengkap | Veterinar | Tiada | Protein yang dibekalkan kepada ternakan untuk memenuhi keperluan protein harian dalam situasi tertentu. Protein ini perlu diberikan sekiranya ternakan mendapat protein berkualiti rendah, diserang penyakit atau semasa ternakan mengalami tekanan. Selain itu, protein pelengkap juga diberi kepada ternakan untuk menggalakkan pertumbuhan dengan lebih cepat, merangsang pengeluaran susu atau semasa ternakan berada di peringkat akhir bunting. Antara sumber protein yang biasa diberikan ialah mil ikan, mil kacang soya dan konsentrat protein. Sumber protein pelengkap yang berasaskan tumbuhan pula antaranya ialah kekacang seperti petai belalang, glirisidia, kenaf dan mulberi. Walau bagaimanapun, sumber bukan protein seperti urea juga boleh dibekalkan kepada ternakan ruminan pada kadar antara 0.5% hingga 1%. |
bitwise complement operator | pengendali pelengkap bit | Teknologi Maklumat | Tiada | Pengendalian yang digunakan untuk menukarkan semua bit 1 kepada bit 0 dan semua bit 0 kepada bit 1. |
haberdashery | kedai kelontong | Kesenian | Tiada | 1. Kedai yang menjual pakaian dan hiasan pelengkap untuk lelaki.,2. Kedai yang menjual peralatan kecil dan bahan jahitan. |
fashion plate | plat fesyen | Kesenian | Tiada | 1. Ilustrasi yang menunjukkan gaya pakaian dan hiasan pelengkap.,2. Individu yang sentiasa mengikuti fesyen pakaian semasa. |
bolus | bolus | Veterinar | Tiada | 1. Bahan yang berbentuk hampir spera yang berukuran 3-6 cm panjang dan 1 cm diameter yang terdiri sama ada makanan, ubat-ubatan atau bekalan mineral untuk ternakan terutamanya haiwan ruminan. 2. Bebola makanan yang telah dikunyah dan bercampur dengan air liur yang sedia untuk ditelan. Bebola ini boleh berupa kaca yang melarut dengan perlahan yang mengandungi kuprum, selenium dan kobalt sebagai sumber pelengkap mineral surih. Selalunya mineral surih ini digabungkan dengan natrium, fosforus, kalsium dan magnesium oksida dan boleh membekalkan kesemua unsur ini bagi tempoh 12 bulan. Kadang-kadang alat ini ditambah dengan bahan lain seperti ubat untuk mengawal jangkitan parasit. |
residual | reja; baki; sisa; tanah liat enapan (SLUKIS0 | Kejuruteraan | Tiada | 1. Perbezaan di antara nilai yang dicerap dengan nilai yang ditentukan dari garis regresi garis lurus Y lawan X, untuk X tertentu.,2. Pelengkap bagi set.,3. Sifat ukuran keluaran pemindah aruh di bawah keadaan statik dan tanpa rangsangan dikenakan. |
latch | selak | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sebarang peranti penutup pada pintu yang masuk terpasang pada cangkuk, takukan atau rongga di kerangka.,untuk mengekalkan suatu keadaan.,4. Unsur storan logik yang mudah. Bentuk paling asas mengandungi dua get logik ganding silang yang menstor denyut yang dikenakan kepada suatu masukan logik sehingga suatu denyut dikenakan pada masukan yang satu lagi; maka maklumat pelengkap distor dalam selak.,apabila ia digunakan sebagai storan data, dan bukan untuk fungsi-fungsi menghitung atau logik.,6. Terkunci pada lokasi atau keadaan tertentu. |
Stokes� first problem | masalah Stokes pertama | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kes pertama persamaan gerakan yang berjaya diselesaikan secara kaedah analisis. Masalah ini ialah pengaliran bendalir yang disebabkan oleh pergerakan plat berkepanjangan separa tak terhingga pada halaju uw dalam arah paksi y secara mendadak. Persamaan gerakan yang menjelaskan proses ini ialah dengan keadaan sempadan u = 0 jika t � 0, y � 0 u = uw pada y = 0, t > 0 u = 0 jika y � �. Penyelesaian beranalisis yang diperoleh ialah u/uw = erfc [y/2 (v t)1/2], dengan u = halaju bendalir dalam paksi y, uw = halaju plat, t = masa, y = jarak, v = kelikatan kinematik, erfc = fungsi ralat pelengkap. |