Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lin.ci.ran] | ڤلينچيرن

Definisi : perihal (tindakan dsb) melincir­kan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lin.ci.ran] | ڤلينچيرن

Definisi : perihal atau perbuatan melincirkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelinciran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mist lubrication systemsistem pelinciran kabusKejuruteraan AutomotifEnjinSistem pelinciran enjin yang mencampurkan minyak pelincir dengan bahan api dengan nisbah 3% hingga 6%. Campuran ini diaruh melalui karburetor ke dalam kebuk pembakaran, menyebabkan bahan api terpeluwap dan minyak pelincir dalam keadaan berkabus. Campuran berkabus ini akan tersebar ke dalam silinder melalui kotak engkol. Kabus ini akan melekat pada dinding silinder dan membentuk filem pelincir yang melincirkan galas utama dalam rod penyambung manakala minyak pelincir selebihnya melincirkan omboh, gegelang omboh dan silinder. Dalam sesetengah enjin moden, minyak pelincir di- suntik terus ke dalam karburetor dengan kuantiti yang terkawal untuk melindungi permukaan silinder manakala galas utama juga menerima minyak daripada pam berasingan.
dry sump oil systemsistem minyak takungan keringKejuruteraan AutomotifEnjinSistem pelinciran yang penakung minyaknya dipasang di luar enjin. Dalam sistem ini, minyak pelincir dipam dari penakung minyak. Selepas proses pelinciran, minyak tersebut dipam kembali ke dalam penakung.
wet sump oil systemsistem minyak takungan basahKejuruteraan AutomotifEnjinSistem pelinciran yang penakung minyaknya dipasang di bawah kotak engkol. Dalam sistem ini, minyak pelincir dipam dari penakung minyak. Selepas proses pelinciran, minyak tersebut mengalir kembali ke dalam penakung secara tarikan graviti.
chassis lubricationpelinciran casisKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKaedah untuk melincirkan bahagian-bahagian yang bergerak dalam sistem gantungan dan stereng.
lubricating systemsistem pelinciranKejuruteraan AutomotifEnjinSistem yang membekalkan minyak pelincir ke dalam enjin un- tuk mengelakkan sentuhan antara dua permukaan logam yang sedang bergerak. Sistem ini dikendalikan oleh pam minyak yang menyedut minyak dari penakung minyak dan menghan- tarnya ke galas utama untuk melincirkan putaran aci engkol. Minyak juga dihantar untuk melincirkan pergerakan galas rod dengan aci engkol dan melincirkan pergerakan omboh dengan dinding silinder. Aliran minyak juga dihantar ke kepala silinder untuk melincirkan galas aci sesondol dan komponen dalam rangkaian injap. Seterusnya, kitaran ini dilengkapkan apabila minyak dikembalikan ke penakung minyak.
splash oilingpeminyakan simbahanKejuruteraan AutomotifEnjinSistem pelinciran yang menggunakan kaedah simbah. Pengaut digunakan untuk memercikkan minyak pelincir pada setiap bahagian yang bergerak mengikut kelajuan pusingan engkol.
nanotribologynanotribologiFizikNanoteknologiKajian yang berkaitan dengan geseran, haus, lusuh dan pelinciran pada skala nanometer. Contohnya kajian lekatan suatu lapisan berketebalan nanometer ke atas permukaan suatu bahan untuk membuat pelincir dalam industri kereta. Alat yang biasa digunakan untuk kajian nanotribologi ialah mikroskop daya atom (AFM).
oil filterpenuras minyakKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang dipasang pada sistem pelinciran untuk menyingkirkan zarah pelelas daripada minyak pelincir. Minyak pelincir perlu dituras sebelum dikitar semula dan digunakan semula sebagai pelincir. Proses ini dapat mengurangkan kehausan komponen yang bergesel dalam enjin. Bahan penuras diperbuat daripada medium poros seperti kertas.
pressure feed oil systemsistem suapan tekananKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem pelinciran yang menggunakan pam minyak untuk mengedarkan minyak pelincir ke dalam kolong dan saluran minyak untuk melincirkan bahagian enjin.
oil pressure indicatorpenunjuk tekanan minyakKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTolok tekanan minyak dalam sistem pelinciran.
12

Kembali ke atas