relative compaction | pemadatan relatif | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Pemadatan yang dihitung berdasarkan peratus nisbah ketumpatan kering tanah di-situ, berbanding dengan ketumpatan kering maksimum, yang ditentukan daripada ujian pemadatan piawai. |
compaction | pemadatan; padatan | Pertanian | Tiada | Pemadatan: Tindakan atau proses yang menyebabkan pengurangan ketumpatan pukal dan keliangan tanah, dan tanah menjadi keras oleh penyusunan zarah dan agregat tanah yang lebih rapat dan ketat. |
differential compaction | pemadatan bezaan | Geologi | Tiada | Sejenis pemadatan yang dihasilkan oleh pengenapan tak sekata bahan tanah homogen di bawah pengaruh graviti atau oleh perbezaan darjah keterpadatan endapan. |
deep compaction | pemadatan dalam | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Pemadatan yang dilakukan dengan cara menanam cerucuk ke dalam tanah bebutir (pasir) dan menggetarkannya untuk menghasilkan gegaran yang akan memadatkan tanah di sekelilingnya. |
over-compaction | pemadatan lebih | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Pemadatan yang dilakukan melebihi daripada tahap yang diperlukan. Ia mengakibatkan ciri-ciri kekuatan dan ketumpatan tanah berubah daripada nilai optimum kepada satu nilai yang lebih rendah. |
optimum compaction | pemadatan optimum | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Pemadatan yang dilakukan ke atas tanah bagi menghasilkan ketumpatan kering maksimum. |
packing | pembungkusan; lembaran bawah; pemadatan | Kejuruteraan | Tiada | 3. Pemadatan: Proses memampat bahan-bahan. |
consolidation, coefficient of | koefisien pemadatan | Hidrologi | Tiada | Pengurangan nisbi isipadu tanih oleh pemadatan per unit tambahan kenaikan tegangan efektif. Kadangkala ditakrifkan sebagai pengurangan nisbi ketinggian. |
bulk packing | pemadatan pukal | Perubatan | Tiada | Prosedur mengisi acuan atau kaviti dengan satu pengisian sahaja. Berlawanan dengan pemadatan berinkremen. |
degree of compaction | darjah pemadatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Darjah kekejapan penyusunan zarah-zarah tanah di dalam proses pemadatan. |