algivore | pemakan alga | Perikanan | Akuakultur | Tabiat pemakanan ikan yang memilih makanan utama daripada sumber alga. Contoh ikan pemakan alga ialah gamat, landak laut dan dengkis. |
undercut | pemakan bawah | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang digunakan untuk memotong angker. |
picky eater | pemakan cerewet | Psikologi | Tiada | Individu yang cenderung memilih makanan tertentu sahaja dan biasanya terjadi dalam kalangan kanak-kanak. |
leaf feeder | pemakan daun | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
deposit feeder | pemakan endapan | Sains Marin | Tiada | Organisma yang mendapat nutrisi dengan memakan lapisan tipis permukaan sedimen. Lapisan tipis ini kaya dengan nutrien kerana mengandungi detritus, bakteria, serpihan bahan organik separa reput dan organisma mikroskopik seperti diatom dan sebagainya. |
total parenteral nutrition | pemakan parenteral total | Sains Kesihatan | Tiada | Satu sistem pemakanan yang memintas trek gastrointestinal dengan menggunakan larutan yang cukup dari segi nilai pemakanannya melaui saluran darah. |
Tasmanian devil | momok Tasmania | Veterinar | Tiada | Mamalia pemakan daging yang ditemui di PulauTasmania di Australia, bersaiz sebesar anjing, dengan badan yang kuat dan berbulu hitam. |
detritus | detritus | Sains Marin | Tiada | Bahan berupa sampah atau serpihan seperti kerikil, pasir, lumpur dan bahan lain yang dihasilkan oleh hakisan atau melalui proses pereputan yang memasuki sistem akuatik. Jika bahan-bahan tersebut berasal daripada pereputan bahan organik, disebut sebagai detritus organik. Detritus organik biasanya termasuk badan atau serpihan organisma yang mati serta bahan kumuh termasuk najis. Detritus organik biasanya dikolonisasikan oleh komuniti mikroorganisma yang bertindak sebagai pengurai. Detritus merupakan sumber nutrisi bagi berbagai-bagai organisma, terutamanya dalam sistem perairan cetek dan terlindung. Banyak organisma bentik (bentos) yang bergantung kepada detritus sebagai sumber makanan dan dikategorikan sebagai pemakan detritus. |