Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.ka.nan] | ڤماکنن

Definisi : 1. jenis-jenis makanan yg la­zimnya dimakan atau ditentukan utk di­makan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll: masalah salah ~ dan kekurangan vita-min masih lagi berleluasa di dunia moden hari ini; ~ yg tidak seimbang; ~ semasa hamil; 2. perbuatan (proses) makan: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuh manusia melalui proses ~ dan peminuman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.ka.nan] | ڤماکنن

Definisi : perihal makan; hal-hal mengenai makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemakanan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eating disordergangguan makanMakanan dan PemakananPemakananTabiat makan yang tidak normal dan tidak sihat. Contohnya, pemakanan yang tidak terkawal, puasa berpanjangan, makan terlalu banyak dan penyingkiran makanan dengan cara yang salah seperti muntah atau penyalahgunaan julap, diuretik atau enema.
nutritional screeningsaringan pemakananSains KesihatanTiadaProses mengenal pasti status atau penyaringan status pemakanan.
nutrition monitoringpemantauan pemakananSains KesihatanTiadaProses yang membekalkan maklumat secara berkala tentang peranan dan status pemakanan yang berkaitan dengan kesihatan.
nutritionpemakanan/nutrisiKejururawatanTiadaKajian tentang makanan berkaitan dengan proses fisiologi yang bergantung pada penyerapannya oleh badan.
enteral feedingpemakanan enteralSains KesihatanTiadaPengambilan makanan melalui tiub yang dimasukkan ke salur penghadaman.
parenteral nutritionpemakanan parenteralSains KesihatanTiadaKaedah pembekalan nutrien melalui salur vena.
tube feedingpemakanan tiubSains KesihatanTiadaLihat: enteral feeding.
nutritional statusstatus pemakananSains KesihatanTiadaKeadaan tubuh akibat pengambilan nutrien.
nutritional supplementtambahan pemakananSains KesihatanTiadaBahan yang diambil sebagai tambahan kepada makanan yang biasa dimakan.
prebioticprebiotikMakanan dan PemakananTiadaKarbohidrat yang tidak boleh dihadam oleh badan serta bertindak sebagai makanan kepada bakteria usus dan menggalakkan pertumbuhannya dalam saluran pencernaan. Bahan ini boleh memberi manfaat kepada keseimbangan mikrob yang baik, dan boleh meningkatkan penyerapan dan penggunaan nutrien oleh usus. Prebiotik boleh mengekalkan sistem pencernaan yang baik. Contoh prebiotik ialah inulin, pektin, beta-glukan dan oligosakarida.
123456

Kembali ke atas