heater | pemanas | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Penyinar kecil atau teras pemanas kecil, yang dipasang di bawah papan pemuka, yang mengedarkan bahan pemanas untuk memanaskan ruang di dalam kenderaan. |
fomentation | fomentasi | Herba | Tiada | Proses merawat dengan alat pemanas khusus bagi memanaskan bahagian badan untuk meredakan kesakitan. Pemanasan setempat menyebabkan saluran darah mengembang yang menyebabkan perfusi pada tisu sasaran. Contoh alat pemanas ialah tungku yang digunakan dalam rawatan selepas bersalin, botol air panas, alat elektrik dan bahan kimia. |

flameless heater | pemanas tanpa nyala | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Tiada |
Franklin stove | alat pemanas Franklin | Kesenian | Hiasan Dalaman | Alat yang dicipta oleh pereka bernama Benjamin Franklin yang menyerupai tempat unggun api di dalam rumah orang Eropah. Alat ini digunakan untuk mengekalkan tahap kepanasan yang lama di dalam rumah sewaktu musim dingin. |
flameless ration heater (FRH) | pemanas makanan tanpa nyala | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Tiada |
warming up circuit | litar pemanas | Sukan | Lumba Basikal | Kawasan yang disediakan bagi pelumba memanaskan badan sebelum perlumbaan. |
glow plug | palam bara | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pemanas elektrik kecil yang dipasang di dalam kebuk prapembakaran enjin diesel, untuk melakukan pemanasan supaya enjin mudah dihidupkan pada waktu sejuk. |
glow plug | palam bara | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Palam yang bertindak sebagai pemanas elektrik kecil dalam kebuk prapembakaran bagi enjin diesel. Palam bara berfungsi untuk memanaskan campuran udara-bahan api dalam ruang pembakaran supaya enjin yang berkeadaan sejuk mudah dihidupkan. |
electric assist choke | pencekik terbantu elektrik | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pencekik automatik yang mempunyai unsur pemanas elektrik kecil yang berfungsi untuk memanaskan pegas termostatik dalam pencekik yang menyebabkan pegas tersebut bertindak balas dengan lebih cepat untuk membuka pencekik sepenuhnya. |