lead burning | pemanasan sambung | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pemanasan untuk menyambung sambungan elektrik. |
global warming | pemanasan global | Pelancongan | Tiada | Peningkatan suhu dunia disebabkan oleh proses pembangunan yang tidak terancang dan mengakibatkan bencana alam, seperti banjir kilat, dan kepupusan spesies flora dan fauna. |
central heating system | sistem pemanasan pusat | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
central heating system | sistem pemanasan pusat | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
heat treatment | olahan haba | Kimia | Tiada | Operasi pemanasan yang dilakukan pada logam pepejal. |
greenhouse effect | kesan rumah hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Fenomena pemanasan di permukaan dan bahagian rendah atmosfera planet (troposfera) disebabkan oleh penukaran sinaran suria kepada haba. Sebahagian daripada sinaran matahari memantul semula ke atas dari permukaan bumi dalam bentuk inframerah gelombang pendek. Sebahagian gelombang ini diperangkap oleh gas-gas rumah hijau dan dipancarkan semula ke permukaan bumi dalam pelbagai arah, lalu menyebabkan peningkatan suhu. |
microwave oven | ketuhar mikrogelombang | Kimia | Kimia Analisis | Ketuhar yang menggunakan kuasa frekuensi mikrogelombang untuk pemanasan dalaman yang kuat. Ia boleh digunakan untuk penghadaman sampel dalam masa yang singkat. |
incandescent filament lamp | lampu filamen pijar | Kimia | Kimia Analisis | Lampu yang cahayanya dihasilkan melalui pemanasan suatu filamen seperti filamen wolfram oleh pengaliran arus elektrik. |
volatile generation | penjanaan meruap | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Penghasilan sebatian meruap melalui proses pemanasan sesuatu bahan. Contohnya, penghasilan pirazina melalui pirolisis asid amino. |
fomentation | fomentasi | Herba | Tiada | Proses merawat dengan alat pemanas khusus bagi memanaskan bahagian badan untuk meredakan kesakitan. Pemanasan setempat menyebabkan saluran darah mengembang yang menyebabkan perfusi pada tisu sasaran. Contoh alat pemanas ialah tungku yang digunakan dalam rawatan selepas bersalin, botol air panas, alat elektrik dan bahan kimia. |