Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.man.da.ngan] | ڤمندڠن

Definisi : 1. keupayaan (kemampuan) mata utk memandang, pelihatan: ~nya sudah kabur; 2. sl pemerhatian: pd ~ patik, ada juga sesuatu kedukaan tuanku, katakan kpd patik, mudah-mudahan dapat patik membicarakan dia; 3. keadaan (alam dll) yg indah dipandang: bukan buatan indah ~ dewasa itu; lukisan ~ lukisan bkn alam; 4. hasil memandang, pandangan: ~ dr depan berbeza dr belakang; 5. pendapat, pandangan, pengetahuan: memberikan ~nya tentang ciptaan itu; jauh perjalanan, luas ~ jauh perjalanan, luas pengetahuan; ~ umum pemandangan mengenai seluruh soal atau hal; 6. ulasan, komentar: ~ politik hari ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.man.da.ngan] | ڤمندڠن

Definisi : 1 kebolehan memandang; kekuatan mata utk memandang: ~nya sudah kabur. 2 keadaan alam sekeliling yg dpt dipandang: Di Malaysia, terdapat banyak ~ yg cantik dan menarik. 3 perbuatan (cara, hal dsb) memandang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
picturesque viewpemandangan lukisanLandskapTiadaPemandangan landskap yang menarik seperti sebuah lukisan yang meliputi pemandangan kawasan luar taman rumah atau kawasan semula jadi.
scenographysenografiLandskapTiadaSatu seni menyusun unit pandangan mengikut turutan yang tertentu dalam membentuk sesuatu pemandangan. Contohnya, menyusun pemandangan dalam suatu taman bermula daripada laman tiba sehingga tempat tumpuan taman.
pseudoscopic viewpemandangan pseudoskopKejuruteraanTiadaPemandangan stereoskop yang dibalikkan.
bad viewpemandangan burukLandskapTiadaPemandangan yang tidak cantik atau bernilai negatif dalam analisis visual.
panoramic viewpemandangan panorama; pandangan panoramaKesenianTiadaLukisan pemandangan yang mencakupi kawasan yang luas.
axial framing of viewspembingkaian pemandangan aksialLandskapTiadaPemandangan yang dibingkaikan dengan struktur atau pokok di penghujung paksi visual dalam taman formal.
panoramic viewpemandangan panoramikLandskapTiadaPandangan yang bebas dan luas terbentang seperti pemandangan di sawah, laut atau padang pasir.
middle groundlatar tengahLandskapTiadaKawasan pemandangan yang berada antara kawasan pemandangan hadapan dengan belakang.
picturesquepicturesqueKesenianTiada1. Pemandangan atau lanskap yang indah permai, seolah-olah sebuah gambar.,2. Pemandangan atau landskap yang cukup indah dan permai untuk dilukis.
fleeting landscapelandskap imbasLandskapTiadaPemandangan landskap yang dapat dilihat dengan sekelip mata. Contohnya, pemandangan pokok di lebuh raya ketika kenderaan bergerak laju.
12345678910...

Kembali ke atas