Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mang.ki.nan] | ڤمڠکينن

Definisi : (Kim) pengubahan kadar tin­dak balas kimia dgn menggunakan mangkin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemangkinan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zeolite catalysispemangkinan zeolitFizikNanoteknologiProses tindak balas kimia menggunakan sifat nanostruktur bahan zeolit sebagai pemangkin. Hablur pepejal zeolit ialah galian aluminosilikat yang diperoleh secara tabii dan mempunyai liang halus dengan saiz liang kurang daripada 2 nm. Dalam suatu tindak balas kimia, zeolit mengurung molekul yang bertindak balas dalam rongga halus, menyebabkan struktur dan kereaktifan molekul tersebut berubah. Zeolit biasanya digunakan sebagai pemangkin dalam industri petrokimia.
imogolite nanotubenanotiub imogolitFizikNanoteknologiNanotiub berdinding tunggal galian imogolit aluminosilikat dengan stoikiometri (HO)3Al2O3SiOH dan terdapat secara semula jadi dalam tanih gunung berapi. Nanotiub imogolit mempunyai potensi untuk digunakan secara meluas dalam nanoteknologi antaranya, dalam pemisahan molekul, storan molekul, dan pemangkinan.

Kembali ke atas