Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mang.sa] | ڤمڠسا

Definisi : binatang yg memakan binatang lain: harimau termasuk salah seekor bina-tang jenis ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mang.sa] | ڤمڠسا

Definisi : binatang yg memakan binatang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemangsa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
generalist predatorpemangsa generalisPertanian OrganikTanaman Makanan-
predatory beetlekumbang pemangsaPertanian OrganikTanaman Makanan-
predatory bugkepinding pemangsaPertanian OrganikTanaman Makanan-
ghost shrimp/glass shrimpudang gantungPerikananAkuakulturSejenis krustasea air tawar yang popular dalam industri ikan hiasan untuk dijadikan sebagai makanan hidup kepada ikan pemangsa seperti kelisa. Udang gantung turut dikenali sebagai udang beras atau udang padi dengan nama saintifik, Macrobrachium lanchesteri. Udang ini boleh dijumpai di dalam kolam, tasik dan sungai.
environmental resistanceketahanan alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauFaktor biotik dan abiotik yang membatasi pertumbuhan populasi untuk mencapai potensi pertumbuhan maksimum. Faktor biotik adalah seperti pemangsa, penyakit, persaingan dan kekurangan makanan, manakala faktor abiotik pula seperti kebakaran, banjir dan kemarau.
planktotrophic larvaelarva planktotrofikSains MarinTiadaJenis larva planktotrofik yang tidak mempunyai bekalan yolka semasa peringkat pertumbuhannya. Keperluan nutrisinya perlu dipenuhi dengan mendapatkan makanan di dalam plankton, sama ada dengan memakan fitoplankton atau menjadi pemangsa kepada zooplankton yang bersaiz kecil. Tempoh pembesaran larva planktotrofik lebih panjang dan dapat tersebar jauh. Banding larva lesitotrofik.
acquired anomalyanomali perolehanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanCiri pada organisma yang berkembang semasa hayatnya. Anomali perolehan tidak terdapat dalam DNA, maka ciri ini tidak boleh diwarisi, tetapi terhasil daripada pengaruh persekitaran. Contoh anomali perolehan adalah seperti kalus pada jari, saiz otot kaki yang besar disebabkan kekerapan berlari, perubahan pada fungsi organ akibat tidak digunakan atau kemalangan. Kelakuan yang membantu organisma hidup juga dianggap sebagai anomali perolehan. Contohnya, keupayaan menyembunyikan diri daripada pemangsa.
arrow wormscacing anak panahSains MarinTiadaSejenis filum ketognata yang merupakan invertebrat kecil dengan julat saiz di antara 2-120 mm panjang. Namanya diambil sempena bentuk badannya yang panjang dan langsing serta mempunyai sirip sisi dan sirip ekor yang kelihatan seperti anak panah. Struktur badannya ringkas, diselaputi oleh lapisan kutikel, lut cahaya dan terbahagi kepada kepala, badan dan ekor. Cacing anak panah tidak mempunyai sistem peredaran darah, sistem pernafasan atau sistem pertukaran gas yang khusus dan hanya mempunyai sistem saraf yang ringkas. Terdapat lebih 120 spesies cacing anak panah yang telah dikenal pasti dan semuanya terdiri daripada zooplankton. Cacing anak panah merupakan pemangsa rakus yang memakan zooplankton kecil seperti kopepod dan krustasia kecil yang lain. Sinonim ketognata.

Kembali ke atas