Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mang.sa.an] | ڤمڠساءن

Definisi : perihal (perbuatan, tindakan dsb) menyebabkan seseorang atau sesuatu menjadi mangsa: ~ jenis ini sangat biasa terdapat di kalangan sesetengah binatang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mang.sa.an] | ڤمڠساءن

Definisi : perihal atau perbuatan menyebabkan seseorang atau sesuatu menjadi mangsa: ~ jenis ini sangat biasa terdapat di kalangan sesetengah binatang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemangsaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
primary victimizationpemangsaan primerKriminologiKeadilan JenayahPemangsaan jenayah yang berlaku kepada mangsa utama. Contohnya mangsa rompakan. Banding pemangsaan kali kedua.
positivist victimology theoryteori viktimologi positivisKriminologiKeadilan JenayahTeori tentang pemangsaan jenayah yang menerangkan tentang faktor individu atau persekitaran yang menyebabkan pemangsaan berlaku termasuklah mengenal pasti kriteria mangsa yang menyumbang kepada pemangsaan jenayah.
secondary victimizationpemangsaan kali keduaKriminologiKeadilan JenayahPemangsaan yang berlaku kepada mangsa utama apabila mangsa berhadapan dengan proses keadilan jenayah. Contohnya, mangsa rogol yang menghadapi tekanan psikologi akibat daripada tindakan pihak polis ke atas laporannya.
feminist victimologyviktimologi feminisKriminologiKeadilan JenayahPerspektif pemangsaan yang menjelaskan tentang hubungan antara wanita dengan pemangsaan, khususnya dari aspek gender. Contohnya, faktor kelemahan fizikal wanita menyebabkan golongan tersebut menjadi sasaran mudah penjenayah.
student victimizationpemangsaan pelajarKriminologiKeadilan JenayahPerihal atau perbuatan menyebabkan seseorang pelajar menjadi mangsa sesuatu jenayah. Contohnya, gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah.
secondary victimizationpemangsaan sekunderKriminologiKeadilan JenayahSikap atau amalan seseorang atau organisasi yang menyalahkan mangsa jenayah sehingga mengakibatkan trauma tambahan. Contohnya, mangsa rogol yang disalahkan oleh masyarakat kerana berpakaian mencolok mata sebagai punca rogol.
workplace victimizationpemangsaan tempat kerjaKriminologiKeadilan JenayahKeadaan seseorang pekerja yang menjadi mangsa secara fizikal atau bukan fizikal di tempat kerja yang menggugat kesejahteraan atau prestasi pekerja tersebut. Contohnya, membuli di tempat kerja, gangguan seksual dan mendedahkan pekerja kepada bahaya yang tidak wajar.
vicarious victimizationpemangsaan tempiasKriminologiKeadilan JenayahTindakan atau perbuatan jenayah yang dilakukan terhadap mangsa yang turut dirasai oleh orang terdekat mangsa seperti keluarga, jiran tetangga dan sebagainya. Contohnya, pembunuhan kejam seorang penduduk di sesebuah taman menyebabkan penduduk di taman tersebut menjadi trauma.
cannibalismkanibalismePerikananAkuakulturPemangsaan yang berlaku antara spesies dan individu dalam kumpulan spesies yang sama. (MAKAN, TERNAK)
active precipitationdorongan aktifKriminologiKeadilan JenayahTeori pemangsaan jenayah yang menyatakan bahawa sesuatu jenayah berlaku terhadap mangsa disebabkan oleh tindakan yang dimulakan oleh mangsa itu sendiri. Contohnya, tindakan mangsa memprovokasi penyerang dengan mengeluarkan kata-kata kesat menyebabkan mangsa tersebut dibunuh.
12

Kembali ke atas