manufacturing line extension | pemanjangan saluran pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Penambahbaikan operasi atau sistem dalam pembuatan produk untuk meningkatkan pengeluaran atau kualiti produk. Pemanjangan saluran pengilangan memerlukan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). |
prolongation | kepanjangan | Sains Kesihatan | Tiada | Pemanjangan bunyi oleh individu yang gagap, seperti j... enis dan k ... ayu. |
eccentric | eksentrik | Sains Sukan | Biomekanik | Berkaitan dengan pemanjangan otot secara aktif semasa penguncupan. |
eccentric contraction | penguncupan eksentrik | Sains Sukan | Biomekanik | Penguncupan yang menyebabkan pemanjangan saiz otot. Contohnya, pergerakan semasa menurunkan dumbel. |
disfluency | ketakfasihan | Sains Kesihatan | Tiada | Pertuturan yang tidak lancar yang dicirikan oleh pemanjangan dan pengulangan bunyi atau pertuturan yang tersekat-sekat. |
epiphyseal cartilage | rawan epifisil | Sains Sukan | Biomekanik | Rawan yang memisahkan diafisis dengan epifisis pada tulang panjang. Rawan ini berfungsi dalam pemanjangan tulang sebelum berlakunya proses pembentukan tisu tulang, terutama selepas individu mencapai akil baligh. Lihat juga diafisis, epifisis. |
coregulator | pengawal atur bersama | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Protein di dalam sel yang dapat mempengaruhi pelbagai proses yang berkaitan dengan pengekspresan gen seperti permulaan transkripsi, pemanjangan RNA dan terjemahan mRNA kepada polipeptida. |