Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.sa.ran] | ڤماسرن

Definisi : perihal atau perbuatan mema­sarkan: rancangan ~ utk pekebun-pekebun kecil; Lembaga P~ Pertanian Persekutuan badan yg membantu (menguruskan dll) pen­jualan hasil-hasil pertanian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.sa.ran] | ڤماسرن

Definisi : perbuatan atau hal memasarkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasar (kata nama)
Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah, pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;,
Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
consumer-oriented marketingpemasaran orientasi penggunaPentadbiranTiadaPrinsip pemasaran yang menyatakan bahawa syarikat harus mengurus aktiviti pemasaran dari sudut pandangan pengguna.
marketing authorizationkebenaran pemasaranHerbaPeraturan dan PemasaranKeizinan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terhadap sesuatu produk yang telah diuji dan dinilai bagi memastikan keselamatan dan kualitinya. Kebenaran pemasaran yang telah diberikan boleh ditarik balik, digantung atau dibatalkan sekiranya tidak mematuhi spesifikasi piawaian yang ditetapkan.
on-ground marketingpemasaran lapanganPentadbiran PerniagaanTiadaStrategi pemasaran yang melibatkan pengguna secara langsung, mengajak dan menggalakkan mereka untuk mengambil bahagian dalam evolusi atau pengalaman sesuatu jenama. Sinonim pemasaran pengalaman.
administrative procedureprosedur pentadbiranHerbaPeraturan dan PemasaranTatacara untuk mengurus proses menukar kebenaran pemasaran sesuatu produk berdaftar, yang boleh dipindahkan daripada pemegang kebenaran pemasaran produk sedia ada kepada pemegang yang lain. Prosedur pentadbiran ini mempercepat masa pemprosesan dan membolehkan nombor pendaftaran produk yang sama dikekalkan.
buzz marketingpemasaran hebohPerniagaanTiadaStrategi pemasaran yang berkesan dan cepat untuk memastikan sesuatu produk atau jenama tular dan menjadi tumpuan dengan memanfaatkan kuasa cakap mulut.
experiential marketingpemasaran pengalamanPentadbiran PerniagaanTiadaLihat pemasaran lapangan.
crowd marketingpemasaran khalayakPentadbiran PerniagaanTiadaTeknik pemasaran yang melibatkan penggunaan forum dan rangkaian media sosial untuk menghubungkan khalayak sasaran dan mempromosikan produk secara langsung.
marketing authorization holderpemegang kebenaran pemasaranHerbaPeraturan dan PemasaranLihat pemegang pendaftaran produk.
product registration holderpemegang pendaftaran produkHerbaPeraturan dan PemasaranEntiti sah yang mendapat kebenaran untuk memasarkan produk farmaseutikal dan herba. Pemegang pendaftaran produk herba bertanggungjawab terhadap semua aspek kualiti dan keselamatan produk serta pematuhan syarat-syarat pemasaran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sinonim pemegang kebenaran pemasaran.
transfer procedureprosedur pertukaranHerbaPeraturan dan PemasaranTatacara pertukaran pemegang pendaftaran produk sedia ada kepada pemegang baharu yang diperoleh daripada pihak berkuasa untuk mendapatkan kebenaran pemasaran produk tersebut. Prosedur pertukaran membolehkan produk mengekalkan nombor pendaftaran yang sama.
12345678910...

Kembali ke atas