Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.tu.han] | ڤماتوهن

Definisi : perbuatan mengikut perintah: ~ dan pengabdian masih lagi diutamakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.tu.han] | ڤماتوهن

Definisi : perbuatan, hal dsb patuh atau mematuhi: ~ yg membabi buta tidak akan mendatangkan kebaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pematuhan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
compliance monitoringpemantauan pematuhanAuditTiadaProses audit tidak formal yang berterusan bagi memastikan pekerja yang terjejas mematuhi semua dasar dan prosedur dalam manual.
compliance testingpengujian pematuhanAuditTiadaProses menguji bagi menentukan sama ada proses, produk atau perkhidmatan mematuhi keperluan spesifikasi, standard teknikal, kontrak atau peraturan yang ditetapkan.
compliance reviewkajian semula pematuhanAuditTiadaAmalan audit tidak formal yang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada keperluan prosedur sedia ada dipatuhi oleh individu atau terdapat sebarang masalah yang dihadapi.
certificate of completion and complianceperakuan siap dan pematuhanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
certificate of completion and complianceperakuan siap dan pematuhanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
implied warrantywaranti tersiratinsuransTiadaWaranti dalam polisi insurans yang tidak dinyatakan tetapi pematuhan terhadap waranti ini adalah penting dalam menentukan kesahihan kontrak insurans berkenaan. Adalah menjadi tanggungjawab insured untuk mematuhi waranti ini.
improved environmentalam sekitar diperbaikTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKeadaan alam sekitar yang lebih baik ke arah mencapai pematuhan perundangan melalui program tertentu. Contohnya, kitar semula, penggunaan biotenaga boleh diperbaharui dan pengurusan kualiti air.
product registration holderpemegang pendaftaran produkHerbaPeraturan dan PemasaranEntiti sah yang mendapat kebenaran untuk memasarkan produk farmaseutikal dan herba. Pemegang pendaftaran produk herba bertanggungjawab terhadap semua aspek kualiti dan keselamatan produk serta pematuhan syarat-syarat pemasaran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sinonim pemegang kebenaran pemasaran.
search engine optimization (SEO)pengoptimuman enjin carian (SEO)Teknologi Maklumate-PembelajaranAmalan bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti trafik ke laman web dengan menjadikan laman web lebih mesra pengguna, pantas dan mudah untuk digunakan melalui pematuhan beberapa set peraturan laman web.
herbal monographmonograf herbaHerbaTiadaSpesifikasi piawai bertulis yang menerangkan ciri utama bahan dan tatacara ciri ini ditentukan. Monograf herba digunakan sebagai rujukan rasmi kawalan mutu bagi pengecaman, pengenalpastian dan pengesahan bahan. Monograf ini menentukan status pematuhan syarat kualiti bahan seperti yang telah ditetapkan. Contohnya, Malaysian Herbal Monograph, Monograf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan British Herbal Pharmacopoeia.
12

Kembali ke atas