herbal classification | pengelasan herba | Herba | Tiada | Sistem pembahagian herba kepada kumpulan mengikut urutan abjad, taksonomi, morfologi, farmakologi atau terapeutik dan kimia atau biogenetik. Pembahagian mengikut abjad terdapat dalam dokumen farmakopeia, pembahagian mengikut taksonomi terdapat dalam buku farmakognosi, pembahagian morfologi terdapat dalam buku botani, pembahagian farmakologi atau terapeutik terdapat dalam buku perubatan herba dan pembahagian kimia atau biogenetik terdapat dalam buku fitokimia. |
secondary oocyte | oosit sekunder | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Peringkat oosit yang telah melengkapi proses pembahagian meiosis pertama. Pembahagian meiosis kedua oosit sekunder ini berhenti sehingga berlakunya persenyawaan. |
self-replicating | swareplikasi | Fizik | Nanoteknologi | Proses apabila suatu bahan dapat membuat salinan dirinya sendiri. Sel biologi dalam keadaan tertentu dihasilkan semula melalui pembahagian sel. Semasa pembahagian sel, DNA akan menyalin dirinya sendiri dan seterusnya membiak. Nanoteknologi akan menghasilkan peranti yang dapat menyalin dirinya sendiri melalui penyusunan molekul bahan, di samping dapat mengurangkan kos pengeluaran. Contohnya, molekul DNA. |
meiotic division | pembahagian meiosis | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses pembentukan sel gamet. Pembahagian meiosis terdiri daripada dua bahagian yang berlaku berturut-turut, iaitu meiosis I dan meiosis II. |
cell division | pembahagian sel | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses satu sel induk membahagi kepada dua atau lebih sel anak yang baharu. Pada haiwan ternakan, terdapat dua jenis pembahagian sel, iaitu mitosis dan meiosis. |
meiosis | meiosis | Kejururawatan | Tiada | Proses pembahagian nukleus sel seks yang membahagikan nukleus diploid menjadi pecahan empat nukleus haploid. Ia melibatkan dua proses pembahagian meiosis pertama dan meiosis kedua. |
acentric chromosome | kromosom asentrik | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Sifat kromosom yang tidak memiliki sentromer dan terbentuk apabila dua serpihan kromosom bergabung. Sentromer berfungsi mengikat kromosom untuk pembahagian dan pengekalan kromosom dalam sel. Kromosom asentrik tidak dapat dihubungkan pada gelendong mitosis dan akan hilang pada pembahagian sel yang berikutnya. Kerosakan kromosom boleh disebabkan oleh kerapuhan kromosom, radiasi atau kegagalan semasa proses pembaikan DNA. |
apportionment | pembahagian; agihan berkadar; peruntukan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
apportionment | pembahagian; agihan berkadar; peruntukan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
proration of benefits | pembahagian faedah | insurans | Tiada | Penyelarasan faedah polisi insurans kesihatan kerana terdapat insurans lain yang memberi perlindungan kontingensi yang sama. |