nemesis | nemesis | Kesusasteraan | Tiada | Pembalasan terhadap sesuatu perbuatan jahat, atau ejen yang menjalankan pembalasan tersebut. Dalam tradisi Yunani, konsep pembalasan dipersonifikasikan melalui Nemesis, iaitu dewa Yunani yang bertanggungjawab menjalankan tugas pembalasan bagi pihak para dewa antara terhadap mereka yang melakukan kesalahan. Istilah Nemesis berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �pembalasan�. |
eschatology | eskatologi | Kesusasteraan | Tiada | Cabang ilmu pengetahuan yang berhubung kait dengan keagamaan khususnya tentang hari kiamat, kehidupan selepas mati atau hari pembalasan. Pengetahuan tentang kiamat dan kehidupan alam akhirat merupakan salah satu aspek penting dalam ajaran kebanyakan agama di dunia dengan doktrin yang tertentu. Keterangan tentang alam akhirat telah menarik minat pengarang kitab kesusasteraan untuk digarap ke dalam bentuk yang lebih kreatif. Tradisi ke - susasteraan Arab-Islam menyaksikan kemunculan banyak kitab sastera yang membicarakan unsur eskatologi. Antara yang terkenal ialah Kitab Haqa�iq wa al-Daqa�iq karangan Abu Layth Samarqandi. Sastera eskatologi berperanan besar dalam mengingatkan manusia tentang alam pembalasan di akhirat. Justeru, karya sebegini mendorong manusia melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Dalam kesusasteraan Melayu, kisah tentang alam akhirat (dalam kubur, syurga, neraka) banyak ditemui dalam karya saduran daripada kesusasteraan Islam seperti Hikayat Nabi Muhammad Mikraj. Dalam hikayat tersebut, diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai pembalasan syurga dan neraka yang diterima oleh manusia berdasarkan perbuatan mereka semasa hidup di dunia. |
mystery play | drama misteri | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang mengisahkan cerita Bible kehidupan tokoh agama Kristian. Drama ini berasal dari gereja pada kurun ke-10 sebagai salah satu kandungan upacara sembahyang. Seterusnya drama misteri berkembang menjadi drama lengkap yang ditulis dalam bahasa biasa (bukan Latin) dan dipersembahkan di luar gereja oleh Persatuan Pedagang. Drama ini dipentaskan di temasya Corpus Christi yang merangkumi keseluruhan cerita kehidupan manusia dari permulaan hingga ke hari pembalasan. |
archetype | tipa induk | Kesusasteraan | Tiada | Perihal model, kerangka, atau corak asal sesuatu prototaip dalam dunia kesusasteraan. Tipa induk sering merentasi bidang kesusasteraan, bersifat sejagat dan dipercyai hasil koleksi bawah sedar manusia yang diwarisi turun-temurun. Contohnya, corak atau model sesuatu aksi (motif pencarian), atau sesuatu peristiwa (motif banjir), perwatakan (motif anak derhaka seperti Si Tenggang), tema (motif pembersihan jiwa), atau imej (motif anak syurga bagaikan taman indah), timbul berulang kali dalam kehidupan manusia dan kesusasteraan sehingga dianggap sebagai satu elemen yang sejagat dan abadi. Seorang ahli antropologi, James G. Frazer (1890-1915), membicarakan ciri persamaan antara tipa induk dengan mitos daripada pelbagai budaya yang berlainan dalam karyanya bertajuk The Golden Bough. Ahli Psikologi, Carl Yung dalam karyanya berjudul On the Relation of Analytical Psychology to Poetic Art (1922) berpendapat bahawa ketidaksedaran setiap individu merupakan suatu koleksi bawah sedar yang dipenuhi dengan imej azali yang dikongsi bersama. Ketidaksedaran itu mencetus kemunculan imej azali, atau yang dinamai tipa induk, dalam mitos, mimpi, elemen keagamaan, ritual perlakuan sosial, dan kesusasteraan. Apabila pembaca berhadapan dengan tipa induk, mereka mungkin akan tertarik dengannya. Pembaca akan memberikan tindak balas walaupun mereka tidak dapat menerangkan punca tindak balas tersebut. Dalam sastera Yunani purba, kisah mengenai manusia buta, pembunuhan bapa, sumbang muhrim, dan pembunuhan kejam merupakan contoh tipa induk yang digunakan oleh Sophocles dalam dramanya. Dalam sastera Barat, Hawthorne dan Melville menghasilkan karya yang mengaitkan tipa induk seperti imej dosa azali, pembalasan tuhan, dan kematian. Dalam sastera Nusantara pula, motif anak derhaka wujud dengan adanya watak seperti Malim Kundang (Sumatera), Nakhoda Manis (Brunei) dan Si Buto (Filipina). Sebuah lagi penulisan mengenai tipa induk ditemui dalam karya Anatomy of Criticism yang dihasilkan oleh pengkritik dari Kanada, iaitu Northrop Frye. |