economies of urbanization | ekonomi pembandaran | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Faedah yang diperoleh oleh firma atau industri kerana lokasinya di kawasan bandar. |
disruptive megatrend | trend mega pengganggu | Ekonomi | Tiada | Proses dalam memanfaatkan gangguan terhadap corak global yang meluas dan berkaitan dengan tingkah laku, mobiliti dan persekitaran. Contohnya, seperti pendigitalan, kesihatan, pertumbuhan penduduk dan pembandaran. |
social environment | persekitaran sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Latar yang melibatkan hubungan manusia dalam masyarakat seperti hubungan keluarga, struktur masyarakat sama ada majmuk atau tidak, kedudukan kelas yang berbeza dan pembahagiannya, kehadiran pendatang luar serta kaitannya dengan pembandaran, sifat migrasi dalaman, kemiskinan, kesesakan, sifat perumahan, kehadiran setinggan dan sebagainya. Semua faktor ini merupakan persekitaran sosial yang tidak melibatkan persekitaran alam dan memiliki hubungan yang sangat rapat dengan pembangunan ekonomi dan politik. Contohnya, persekitaran sosial di Brunei Darussalam berbeza dengan Singapura. |