developer exhaustion | kelesuan pembangun | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sifat larutan pembangun yang telah digunakan beberapa kali sehingga keberkesanannya untuk bertindak balas dengan emulsi perak halida menjadi sangat rendah. |
course team | pasukan kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sekumpulan pembangun kursus e-pembelajaran. Lihat juga pembangun kursus. |
course developer | pembangun kursus | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang bertanggungjawab merancang, merangka dan mereka bentuk sesuatu kursus mengikut keperluan program akademik atau keperluan sesuatu organisasi yang perlu disesuaikan dengan persekitaran e-pembelajaran. Justeru, pembangun kursus mesti memiliki kemahiran alat e-pembelajaran. |
film developing | pembangun filem | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Salah satu langkah proses mencuci filem untuk menukar imej terpendam kepada imej tampak dengan menggunakan campuran bahan kimia tertentu pada suhu dan masa tertentu dan dilakukan di dalam bilik gelap. |
closed security environment | persekitaran keselamatan tertutup | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Persekitaran yang memenuhi keadaan yang berikut: 1. Pembangun aplikasi yang mempunyai autoriti atau disahkan bahawa mereka tidak pernah membina atau terlibat dengan logik hasad. 2. Kawalan konfigurasi yang menyediakan jaminan yang cukup bahawa suatu peralatan dan aplikasi dilindungi daripada logik hasad sebelum dan semasa operasi aplikasi sistem. |
film processing | pemprosesan filem | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Langkah yang diperlukan untuk mencuci filem dalam kaedah radiografi seperti pembangun filem, larutan bantut, penetap, basuhan dan pengeringan. Setiap langkah ini dilakukan di dalam tangki pencuci yang mempunyai bahagian yang berbeza-beza pada suhu dan masa tertentu berdasarkan spesifikasi pengeluar filem. |
stop bath | cecah bantut | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Salah satu langkah mencuci filem untuk memberhentikan tindak balas bahan kimia pembangun yang berkeadaan alkali. Bahan kimia yang digunakan bersifat asid, pada suhu dan masa tertentu, serta dilakukan di dalam bilik gelap. |
Health Information Technology Standards Panel (HITSP) | Panel Standard Teknologi Maklumat Kesihatan (HITSP) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Organisasi yang ditubuhkan untuk mempromosikan keseragaman dan kesalingkendalian dalam pelbagai aplikasi penjagaan kesihatan dan sistem maklumat. Organisasi ini terdiri daripada pakar penjagaan kesihatan awam dan swasta, termasuklah pembangun aplikasi dan sistem, agensi kerajaan dan pengguna. |
thin layer chromatography (TLC) | kromatografi lapisan nipis (TLC) | Herba | Pemiawaian | Kaedah kromatografi yang menggunakan lapisan nipis terdiri daripada gel silika, alumina ataupun oktadekilsilika yang disokong oleh kepingan kaca, plastik atau aluminium. Sampel diaplikasikan pada permukaan lapisan nipis sebagai bintik kecil atau jalur di bahagian bawah. Proses pemisahan sebatian dilakukan dengan merendam bahagian bawah kepingan dalam sistem pelarut pembangun dan membolehkan pelarut itu meresap naik melalui tindakan kapilari. Sebatian tulen akan dapat dikesan sebagai bintik masing-masing pada kedudukan tertentu menggunakan sinar ultralembayung atau reagen kimia yang sesuai. Kedudukan sebatian ini dirujuk sebagai faktor retensi (nilai Rf). Kaedah ini digunakan untuk tujuan analisis dan pengasingan secara sediaan. Contohnya, ekstrak metanol tongkat ali (Eurycoma longifolia) mengandungi sebatian eurikomanon yang dapat dikenal pasti melalui kaedah kromatografi lapisan nipis. |