diffusion coefficent | pekali pembauran | Kimia | Kimia Analisis | 1. Pernyataan keupayaan pembauran suatu zat terlarut di dalam fasa bergerak (dalam teknik kromatografi). Keupayaan atau kadar pembauran yang tinggi dalam fasa bergerak akan menyebabkan jalur zat terlarut terserak secara paksian di sepanjang turus dan ini mengakibatkan pelebaran puncak. 2. Berat sesuatu bahan dalam gram yang tersebar dalam kawasan seluas 1 cm persegi dalam satu saat dalam unit kecerunan kepekatan. |
diffusion current | arus pembauran | Kimia | Kimia Analisis | Arus mengehad yang terhasil akibat daripada penghijrahan ion dalam larutan, apabila diberikan suatu beza keupayaan di antara elektrod-elektrodnya. Nilai arus ini ditentukan oleh kadar pembauran ion ke dalam lapisan sekeliling elektrod. Kadar pembauran berkadar terus dengan kepekatan ion itu. bd. polarografi. |
liquid junction potential | keupayaan simpangan cecair | Kimia | Kimia Analisis | Keupayaan yang terbit apabila terdapat jambatan garam sebagai simpang secair oleh sebab adanya perbezaan kadar pembauran ion-ion di antara larutan. Kadar pembauran bergantung kepada saiz, bentuk dan berat. |
diffusion | pembauran difusi | Kesenian | Tiada | Proses mengadun, menyapu dan memadankan gambar atau hal dalam lukisan cat. |
linear diffusion | pembauran linear | Kimia | Kimia Analisis | Pengangkutan molekul atau ion ke suatu arah dan pada masa tertentu. |
microdiffusion analysis | analisis pemikrobauran | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah analisis yang berdasarkan pembauran gas dengan reagen. Gas itu dihasilkan oleh sampel yang mudah meruap. Contohnya ammonia yang dibebaskan daripada garam ammonium dapat ditentukan apabila ammonia dibaurkan ke dalam reagen. |
diffusion coating | salutan baur | Kejuruteraan | Tiada | Salutan yang terhasil pada suhu tinggi dengan cara pembauran di antara bahan salut atau komposit dengan logam induk. |
heave | lambung | Sains Marin | Tiada | 1. Turun naik ombak atau laut secara menegak. 2. Pergerakan pembauran kapal atau bot mengikut paksi menegak. 3. Pergerakan bersih bagi jisim terapung yang terhasil daripada tindakan ombak. |
junction potential | keupayaan simpangan | Kimia | Kimia Analisis | Keupayaan yang terbentuk di bahagian antara muka dua larutan elektrolit berlainan komposisi disebabkan oleh perbezaan dalam kadar pembauran ion-ion di antara larutan. |
photobleaching | fotoluntur | Fizik | Nanoteknologi | Pemusnahan sifat fluorofor suatu bahan secara kaedah fotokimia yang dapat dikesan daripada kesukaran untuk mengamati molekul pendarfluor dan memberikan masalah terutamanya dalam mikroskopi masa-lesap. Kemusnahan ini dapat dikawal dengan mengurangkan keamatan cahaya atau memendekkan tempoh masa pendedahan cahaya, menambah kepekatan bahan fluorofor atau menggunakan fluorofor yang lebih berdaya tahan. Fotoluntur ini dapat dieksploitasikan untuk mengkaji pergerakan atau pembauran molekul. |