reflecting water | air pembayang | Landskap | Tiada | Air tenang ya ng dapat menghasilkan bayang atau imej di permukaan air tersebut. |
reflecting pool/ reflecting pond | kolam pembayang | Landskap | Tiada | Kolam yang mempunyai air yang lenang dan direka bentuk mengikut prinsip-prinsip tertentu untuk menghasilkan imej di permukaan air. |
pantoum | pantun | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang ketat konvensinya. Pantun kebanyakannya terdiri daripada empat baris satu rangkap. Dua baris pertama sebagai pembayang maksud dan dua baris seterusnya sebagai maksud. Pantun yang sedemikian disebut sebagai pantun empat kerat. Terdapat juga pantun enam, lapan, sepuluh, dan dua belas kerat. Pantun terpendek ialah pantun dua kerat dengan baris pertama sebagai pembayang dan baris kedua sebagai maksud. Selain itu, terdapat juga bentuk pantun yang menarik dan disebut sebagai pantun berkait. Dalam pantun berkait, baris kedua dan keempat pada rangkap pertama menjadi baris pertama dan ketiga untuk rangkap seterusnya. Pantun berkait boleh terdiri daripada berbelas-belas rangkap dengan tema yang berurutan. Setiap rangkap pantun boleh berdiri sendiri dan mengandungi unit makna yang utuh, kecuali pantun berkait yang maknanya berkembang mengikut rangkap yang lain. Baris pantun terdiri daripada tiga atau empat patah perkataan dengan pola rimanya, a,b,a,b, dan setiap patah perkataan terdi |
characteristique/charateristic | ciri | Kesusasteraan | Tiada | Sifat, unsur, tanda yang khusus pada sesuatu karya. Contoh : pantun, harus mempunyai pembayang dan maksud atau rima akhir bercorak a b a b. |
form | bentuk | Kesusasteraan | Tiada | Prinsip organisasi sesebuah karya sastera berdasarkan struktur dan stail. Bentuk berbeza dengan isi, namun dalam proses pengkaryaan, kedua-duanya berkembang serentak, saling berkaitan dan pengaruh-mempengaruhi. Kedua-duanya boleh dianalisis secara berasingan bagi tujuan kritikan. Contohnya, puisi berbentuk pantun mempunyai struktur tertentu, iaitu mempunyai pembayang maksud dan maksud, dan isi kandungannya dipengaruhi struktur tersebut. Bentuk juga bermaksud jenis karya atau genre seperti novel, drama, dan cerpen. |
operation security (OPSEC) | keselamatan pengendalian (OPSEC) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perihal mengenal pasti maklumat kritikal yang bernilai pada pihak lawan seperti pengguna hasad. Maklumat tersebut boleh menggugat aktiviti biasa atau integriti data. Tiap langkah utama yang digunakan ialah: i. mengenal pasti data, maklumat, perbuatan, tindakan, dan aktiviti yang boleh diperhatikan secara bebas oleh pengguna hasad. ii. Menentukan petanda atau pembayang yang mungkin diperoleh pengguna hasad untuk menerbit atau meneka sesuatu maklumat kritikal dengan betul dalam suatu tempoh yang berguna kepadanya. iii. Mengambil tindakan untuk menghapus atau mengurangkan kewujudan petanda berkenaan ke suatu paras yang petanda tersebut tidak akan menjadi berguna kepada pengguna hasad berkenaan. |
asli | asli | Muzik | Tiada | Lagu dan tarian sinkretik Melayu yang bertempo lambat, bermeter kuadrupel dan berentak lapan bit. Lagu asli mempunyai bentuk stropik yang berasaskan teks pantun, iaitu bahagian A dan B, Bahagian A ialah pembayang pantun dan Bahagian B ialah maksud pantun. Alat muzik termasuk biola, akordian, xebana dan gong. dian, xebana dan gong, Contoh lagu asli ialah Seri Mersing dan Bunga Tanjung. Lagu asli dimainkan dalam persembahan ron |