Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.ya.ran] | ڤمبايرن

Definisi : perihal (tindakan dsb) membayar, penjelasan (harga barang dll), pelunasan (hutang): ~ harus dilakukan pd akhir bulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.ya.ran] | ڤمبايرن

Definisi : perbuatan (hal dsb) membayar atau membayarkan; penjelasan: ~ hutang rumahnya dibuat melalui potongan gaji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembayaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
contactless paymentpembayaran tanpa sentuhPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah pembayaran yang selamat bagi pengguna untuk membeli produk atau perkhidmatan dengan mengetik kad debit, kad kredit, kad pintar atau peranti lain seperti telefon pintar pada terminal pembayaran yang mempunyai simbol tanpa sentuh. Pembayaran tanpa sentuh menggunakan teknologi pengecaman frekuensi radio (RFID) atau komunikasi medan dekat (NFC) seperti Samsung Pay, Apple Pay dan Google Pay.
paywave paymentpembayaran secara imbasanPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah pembayaran tanpa sentuh yang memberikan kemudahan kepada pengguna untuk membeli produk atau perkhidmatan dengan hanya mengimbas kad kredit atau kad debit pada terminal pembayaran tanpa memerlukan pengesahan nombor PIN.
PIN paymentpembayaran secara PINPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah pembayaran tanpa sentuh yang memberikan kemudahan kepada pengguna untuk membeli produk atau perkhidmatan dengan hanya melalukan kad kredit atau kad debit pada terminal pembayaran dan perlu memasukkan nombor PIN sebagai tanda persetujuan bagi transaksi yang dilakukan.
debitdebitEkonomiTiada1. Catatan di sebelah kiri akaun T. 2. Debit menunjukkan pengeluaran wang simpanan pemilik akaun dalam bank. Dalam akaun imbangan pembayaran, debit menunjukkan pembayaran dibuat kepada negara asing. Lihat juga kredit.
joint and survivor annuityanuiti bersama dan pemandiriinsuransTiadaAnuiti yang memberi pembayaran kepada sekurang-kurangnya dua pemegang anuiti, dan pembayaran ini akan berterusan selagi salah seorang pemegang anuiti masih hidup.
contract bondbon kontrakinsuransTiadaBon yang menjamin prestasi pelaksanaan dan pembayaran kos buruh serta bahan yang berkaitan dengan sesuatu kontrak binaan. Bon pertama dikenali sebagai bon prestasi dan yang kedua ialah bon pembayaran.
whole-life insuranceinsurans hayat seumur hidupinsuransTiadaInsurans yang berkuat kuasa sepanjang hayat seseorang insured dan pembayaran faedahnya dibuat apabila insured meninggal dunia. Polisi jenis ini mempunyai nilai tidak lucut hak dan pembayaran premium boleh dibayar secara premium tunggal, premium terhad atau premium sepanjang hayat.
limited payment life insuranceinsurans hayat bayaran terhadinsuransTiadaInsurans hayat dengan tempoh bayaran premiumnya terhad. Jangka masa pembayaran premium mungkin lebih pendek dari masa perlindungan insurans. Contoh: insurans hayat seumur hidup dengan pembayaran premium terhad hingga umut 50.
labour and material bondbon bahan dan buruhinsuransTiadaBon yang disediakan oleh kontraktor untuk menjamin pembayaran bahan dan buruh yang digunakan untuk sesuatu projek. Bon ini melepaskan tuan punya projek dari kemungkinan liabiliti disebabkan kontraktor tidak membuat pembayaran.
reimbursementpembayaran balikPenilaian Harta TanahTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas