Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.da.han] | ڤمبدهن

Definisi : perbuatan (proses dll) membedah: utk menyembuhkan penyakitnya, ia terpaksa menjalani ~; ~ itu mengambil masa tiga jam; ~ jantung terbuka pembedahan besar ke atas jantung pesakit dgn pengaliran darahnya dilakukan secara mekanikal semasa pembedahan itu; ~ kosmetik pembedahan yg dilakukan utk memperelok atau mempercantik penampilan, terutamanya rupa seseorang; ~ mikro mikrosurgeri; ~ plastik pembedahan utk mencantikkan atau memulih bentuk sesuatu struktur tubuh yg cacat, berpenyakit, atau kurang cantik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.da.han] | ڤمبدهن

Definisi : perbuatan atau cara membedah orang-orang sakit (utk menyembuhkannya): Utk menyembuhkan penyakitnya itu, ia terpaksa menjalani ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembedahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intraoperative phasefasa antara pembedahanKejururawatanTiadaTempoh pembedahan yang bermula dari pesakit masuk ke dewan bedah sehingga dipindahkan ke bilik pemulihan.
surgical emphysemaemfisema pembedahanKejururawatanTiadaKeadaan apabila udara memasuki tisu melalui luka atau insisi pembedahan, biasanya berlaku pada tisu dada dan leher akibat kebocoran dalam paru-paru atau esofagus. Selain itu, bakteria mungkin menghasilkan gas dalam tisu-tisu lembut.
medical-surgical nursingkejururawatan perubatan-pembedahanKejururawatanTiadaPenjagaan kejururawatan dalam disiplin perubatan dan pembedahan terhadap seseorang individu, berdasarkan pengetahuan sains kejururawatan.
surgical woundluka pembedahanKejururawatanTiadaPerihal luka bercirikan gangguan permukaan kulit, atau kehilangan tisu akibat prosedur pembedahan.
preoperative phasefasa prapembedahanKejururawatanTiadaTempoh persediaan pembedahan yang bermula daripada persetujuan pembedahan sehingga pesakit dimasukkan ke dewan bedah.
surgical insurance benefitfaedah insurans bedahinsuransTiadaPolisi insurans kesihatan yang membayar kos pembedahan sehingga amaun yang ditetapkan untuk berbagai jenis pembedahan yang disenaraikan dalam polisi. Perlindungan ini sering digabungkan dengan polisi hospital.
invasive ventilation (IV)ventilasi invasifPerubatanTiadaPenggunaan bantuan pernafasan buatan dengan menggunakan kaedah pembedahan bagi membantu atau menggantikan cara pernafasan biasa, iaitu memerlukan pembedahan yang tembus melalui mulut, hidung, atau kulit.
medical expense insuranceinsurans belanja perubataninsuransTiadaInsurans kesihatan yang menyediakan faedah belanja perubatan, pembedahan dan hospital. Istilah ini juga digunakan untuk perlindungan Insurans Belanja Hospital Pembedahan dan Insurans Rawatan Perubatan.
medical care planpelan rawatan perubataninsuransTiadaSejenis insurans kesihatan kumpulan yang menyediakan faedah belanja perubatan, pembedahan dan hospital. Istilah ini juga digunakan untuk perlindungan insurans belanja hospital pembedahan dan insurans rawatan perubatan.
navigation surgerypembedahan navigasiPergigianTiada-
1234

Kembali ke atas