private supplier | pembekal swasta | Pergigian | Tiada | - |
provider-centric | berpusatkan pembekal | Umum | Tiada | Tiada |
feeder fund | dana pembekal | Kewangan | Tiada | Salah satu daripada beberapa subdana yang mengumpulkan modal pelaburan dan melabur ke dalam dana induk. |
learning service provider (LSP) | pembekal perkhidmatan pembelajaran (LSP) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Syarikat yang menyediakan perkhidmatan dan produk sistem penyelesaian teknologi maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran dan latihan kepada organisasi atau individu secara atas permintaan, bayar apabila guna atau penyampaian secara model hibrid. |
private supplier service | perkhidmatan pembekal swasta | Pergigian | Tiada | - |
net neutrality | keneutralan rangkaian | Teknologi Maklumat | Tiada | Prinsip bahawa pembekal perkhidmatan Internet (ISP) harus memberikan akses secara saksama dan terbuka kepada pengguna untuk semua kandungan dan perkhidmatan dalam talian. |
service contract | kontrak perkhidmatan | Pelancongan | Tiada | Perjanjian yang dibuat antara pembekal dengan pengguna untuk menyediakan sebarang perkhidmatan seperti penyewaan bas persiaran dan perkhidmatan dobi. |
products liability insurance | insurans liabiliti keluaran | insurans | Tiada | Insurans untuk pengeluar, pembekal, penguji atau penyenggara barangan bagi perlindungan liabiliti, kecederaan, kerugian atau kerosakan harta benda disebabkan barangan yang dikeluarkan oleh insured. |
self-reservation system | sistem tempahan sendiri | Pelancongan | Tiada | Sistem yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan, sama ada secara dalam talian atau kios untuk memudahkan urusan penempahan perkhidmatan. |
familiarisation trip | lawatan pengenalan | Pelancongan | Tiada | Lawatan kos rendah yang ditawarkan oleh syarikat pembekal atau pengendali pelancongan, eksklusif kepada ejen pelancongan yang bertujuan untuk membiasakan para ejen dengan destinasi dan perkhidmatan mereka. |