Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembelauan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Fraunhofer diffractionpembelauan FraunhoferNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanSejenis pembelauan yang berlaku apabila nombor Fresnel kurang daripada satu. Nombor Fresnel ialah parameter yang menentukan kawasan kesan pembelauan. Perbezaan antara belauan Fraunhofer dan Bragg seperti dalam rajah. Sudut sinar jatuhan Fraunhofer selari dengan kedudukan sampel, manakala belauan Bragg sudut sinar jatuhan tidak selari.
diffraction X-raypembelauan sinar-XKimiaKimia AnalisisKaedah analisis spektroskopi yang melibatkan pembelauan atau penyerakan sinar-X oleh atom atau kekisi suatu bahan ketika sinaran itu melaluinya. Pembelauan ini menghasilkan satu spektrum yang menggambarkan struktur hablur molekulnya dan memberi maklumat tentang sama ada bahan-bahan itu bersifat hablur atau amorfus.
reflection high energy electron diffraction (RHEED)pantulan pembelauan elektron tenaga tinggi (REED)FizikNanoteknologiTeknik untuk mendapatkan maklumat struktur permukaan suatu bahan menggunakan kesan pantulan daripada pembelauan elektron tenaga tinggi. Dalam kaedah ini, alur elektron dituju kepada sampel pada sudut yang menghampiri sudut imbasan supaya elektron bergerak di sekitar permukaan dan tidak bergerak jauh ke dalam sampel. Teknik ini sensitif kepada struktur permukaan dan hasil corak pembelauan dipaparkan pada skrin yang bersalut fosfor.
electron diffraction patterncorak pembelauan elektronNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanCorak yang terhasil menggambarkan ciri bahan tersebut. Corak ini terbentuk melalui tindak balas antara elektron dan bahan yang mempunyai sifat hablur.
low energy electron diffraction (LEED)pembelauan elektron tenaga rendah (LEED)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah untuk menentukan struktur permukaan bahan berhablur tunggal melalui pembedilan alur kolimat (alur cahaya selari) elektron tenaga rendah.
wide-angle X-ray diffraction (WXRD)pembelauan sinar-X sudut lebar (WXRD)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah untuk pencirian struktur, saiz dan orientasi bahan hablur.
Fresnel equationpersamaan FresnelNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanPersamaan yang menerangkan pantulan dan penghantaran cahaya yang menimpa antara dua muka yang berbeza media optik seperti udara dan air. Persamaan Fresnel boleh diungkapkan sebagai: dengan Ts = pembelauan, Rs = pantulan, n1 = indeks belauan (medium 1), n2 = indeks belauan (medium 2), ?i - sudut pantulan atau sudut tuju dan ?t = sudut penghantaran

Kembali ke atas