Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.ni.han] | ڤمبنيهن

Definisi : proses menanam benih, penyemaian: pembenihan awan telah dibuat sebagai kaedah mengurangkan kesan gelora puting beliung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.ni.han] | ڤمبنيهن

Definisi : perbuatan atau usaha menanam benih; penyemaian: ~ awan telah dijalankan utk menghasilkan hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembenihan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fish health managementpengurusan kesihatan ikanPerikananAkuakulturAmalan mengawal selia aktiviti ternakan pada peringkat pembenihan, asuhan dan ternakan untuk mencegah penyakit ikan serta memastikan kesihatan ikan berada dalam keadaan optimum untuk diternak. Kebiasaannya, amalan ini melibatkan pengurusan dari segi persekitaran air, spesies ikan dan patogen. Contohnya, memastikan kualiti air berada dalam julat sesuai untuk ternakan, ketiadaan patogen dalam kawasan ternakan dan kualiti benih yang tinggi.
phytoplanktonfitoplanktonPerikananAkuakulturOrganisma autotrofik yang menghasilkan makanan sendiri secara fotosintesis dengan kehadiran klorofil. Fitoplakton seperti alga hijau digunakan sebagai makanan hidup dalam aktiviti pembenihan ikan dan udang.
zooplanktonzooplanktonPerikananAkuakulturHaiwan seni atau organisma heterotropik yang hidup di dalam air laut dan air tawar. Sebahagian daripada zooplankton merupakan makanan yang penting dalam aktiviti pembenihan ikan dan udang. Contoh zooplankton ialah artemia, moina, rotifer, dan kopepod.
nucleationpenukleusanFizikNanoteknologiPermulaan peralihan fasa dalam suatu kawasan kecil atau dikenali sebagai tapak penukleusan. Peralihan fasa ini boleh dalam bentuk pembentukan gelembung atau hablur dalam cecair atau pada permukaan yang mengandungi cecair atau wap. Penukleusan juga berlaku dalam hablur, amorfus atau gugusan kekosongan bagi bahan pepejal. Penukleusan homogen dapat dibentuk secara spontan atau rawak menerusi kaedah yang melibatkan superpanas atau supersejuk ke atas media. Keadaan ini berlaku dalam proses pembenihan awan dan dalam instrumen seperti kebuk gelembung dan kebuk awan. Penukleusan merupakan proses awal untuk menghasilkan bahan nanostruktur.

Kembali ke atas