pelletizer | pembentuk pelet | Sains Kesihatan | Tiada | Alat untuk membentuk butiran. |
sol-gel glass forming | pembentuk kaca sol-gel | Fizik | Nanoteknologi | Alat khas bagi menghasilkan sfera kaca berskala nano. Sfera kaca ini digunakan untuk pengkapsulan enzim bagi melindunginya daripada serangan kimia dan fizik persekitaran atau digunakan juga untuk pengkapsulan minyak tengik dalam krim kulit supaya tidak berbau busuk dan memedihkan mata. |
sinergist | sinergis | Sains Sukan | Biomekanik | Otot yang bertindak sebagai pembentuk beberapa kumpulan otot agonis supaya berfungsi sebagai satu kumpulan. Otot ini menjana daya tambahan untuk menghasilkan pergerakan. Lihat juga agonis. |
excipient | eksipien | Herba | Tiada | Bahan lengai yang ditambah dalam suatu formulasi herba. Eksipien berfungsi sebagai pencair, pembawa, pembentuk dos atau bahan yang memelihara ketekalan suatu ramuan dalam sesuatu bentuk dos herba. Contoh eksipien ialah laktosa, kanji gandum, agar-agar, gelatin dan madu. |
periosteum | periosteum | Sains Sukan | Biomekanik | Lapisan tisu penghubung yang menyelaputi permukaan luar tulang panjang dan menjadi tempat peletakan otot, tendon dan ligamen. Periosteum mengandungi osteoblas (sel pembentuk tulang), osteoklas (sel pemusnah tulang), gentian saraf, salur darah dan limfatik. Periosteum mempunyai banyak salur darah dan berfungsi terhadap pertumbuhan tulang secara melebar. Lihat juga tulang panjang. |