Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ben.tu.kan]/[pem.ben.tu/.kan] | ڤمبنتوقن

Definisi : perihal (perbuatan, usaha, dsb) membentuk: ia berazam utk mengambil peranan dlm ~ masyarakat baru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ben.tu.kan]/[pem.ben.tu/.kan] | ڤمبنتوقن

Definisi : perbuatan atau hal membentuk: ~ syarikat kerjasama tsb telah mendapat sokongan drpd segenap penduduk kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembentukan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gametogenesisgametogenesisPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses pembentukan gamet di dalam organ pembiakan. Pembentukan gamet jantan dikenali sebagai spermatogenesis sementara pembentukan gamet betina pula dikenali sebagai oogenesis.
atheromaateromaKejururawatanTiadaKemerosotan dinding arteri akibat pembentukan plak-plak berlemak dan tisu berparut yang mengehadkan aliran darah dan cenderung kepada pembentukan trombosis.
achondroplasiaakondroplasiaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPenyakit keturunan yang disebabkan oleh gangguan pembentukan tulang, penggantian rawan dengan tulang atau pembentukan tulang rawan yang terencat. Penyakit ini berlaku pada anggota tulang yang panjang dan pada tulang muka semasa perkembangan. Akondroplasia mengakibatkan anggota badan menjadi pendek dan muka menjadi kecil.
oogenesisoogenesisPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses pembentukan oosit pada haiwan betina. Proses ini bermula seawal peringkat fetus sehingga peringkat haiwan betina mencapai dewasa. Oogenesis bermula dengan pembentukan sel germa primodial yang seterusnya melalui pelbagai perkembangan sel untuk mencapai peringkat oosit yang matang dan berupaya untuk disenyawakan.
scooter mechanismmekanisme skuterFizikNanoteknologiMekanisme bagi menerangkan pembentukan nanotiub karbon dengan jejari yang sekata dan sentiasa terbuka dengan bantuan atom pemangkin kobalt atau nikel. Dalam mekanisme ini, atom logam pemangkin terpaut pada ikatan terjuntai hujung tiub, dan bergerak pantas sekitar bingkai tiub, menyerap atom karbon yang tiba supaya membentuk cincin enam atom, serta melindunginya daripada membentuk cincin lima atom. Sekiranya berlaku pembentukan cincin lima atom, tiub akan tertutup dan proses pembentukan tiub selanjutnya akan terhenti. Atom karbon dalam proses ini dibekalkan oleh penguraian gas hidrokarbon seperti gas metana (CH4) semasa pemendapan wap kimia pada suhu tinggi.
hyperfoldinghiperlipatanFizikNanoteknologiLipatan serabut kromatin pada peringkat tinggi oleh ikatan hidrogen lemah untuk menjadi lebih padat. Lipatan ini mudah terurai semasa pembentukan replikasi melalui pembahagian sel atau semasa transkripsi dalam pembentukan molekul asid ribonuklik (RNA). Lipatan ini biasanya berukuran 700 nm lebar.
reaction formationpembentukan tindak balasPerubatanPsikiatriMekanisme pertahanan minda apabila emosi yang menyebabkan seseorang menjadi cemas atau emosi yang tidak boleh diterima, digantikan dengan tindakan yang berlawanan.
landscape gradingpembentukan landskapPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSains dan seni mengolah muka bumi bagi meningkatkan kualiti estetik sesebuah kawasan, menghindarkan daripada hakisan dan memudahkan pergerakan pengguna seperti padang golf dan taman sekitar bangunan.
metal sheet formingpembentukan kepingan logamKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPemprosesan kepingan logam menjadi pelbagai bentuk melalui penekanan.
headship formation ratekadar pembentukan ketua keluargaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKadar bilangan ketua keluarga isi rumah bagi struktur umur tertentu kepada jumlah bilangan orang dalam struktur umur yang sama.
12345678910...

Kembali ke atas