stoppage | pemberhentian | Sukan | Lumba Basikal | Pemberhentian sementara yang berlaku dalam perlumbaan kerana kerosakan basikal,kemalangan atau sebagainya. |
hot shutdown | pemberhentian panas | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pemberhentian reaktor dalam keadaan reaktor masih beroperasi pada suhu yang tinggi. |
shutdown margin | jidar pemberhentian | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Ukuran margin keselamatan untuk memberhentikan kendalian reaktor nuklear dengan selamat. |
Voluntary Separation Scheme (VSS) | Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) | Pentadbiran | Tiada | Skim yang digunakan oleh majikan untuk mempelawa pekerja agar berhenti bekerja secara sukarela dengan pembayaran pakej pampasan. |
lapse | lupus | insurans | Tiada | Pemberhentian polisi kerana kegagalan membayar premium. Dalam insurans hayat, istilah ini merujuk kepada premium yang tidak diterima ketika polisi masih belum mempunyai nilai tidak lucut hak. |
amenorrhea | amenorea | Kejururawatan | Tiada | Pemberhentian haid seseorang wanita semasa dalam usia pembiakan akibat perubahan paras hormon dalam badan. |
wean | cerai susu | Sains Kesihatan | Tiada | Pemberhentian susu secara beransur-ansur apabila bayi mampu mengambil makanan selain susu ibu. |
menopause | menopaus/putus haid | Kejururawatan | Tiada | Pemberhentian haid seseorang wanita. Sesetengah wanita akan mengalami perubahan fisiologi seperti kemerahan muka, debaran jantung, kekeringan vagina dan kulit, serta gangguan emosi. |
outage | henti tugas | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pemberhentian reaktor nuklear secara terancang dalam tempoh tertentu untuk tujuan penyenggaraan, pembaikan atau pengurusan bahan api dalam teras. Lihat juga refueling outage. |
premature termination | penamatan pramatang | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pemberhentian ujian klinikal sebelum kajian berakhir mengikut protokol yang ditetapkan. Penyelidik dan penaja kajian perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa sebab-sebab kajian ditamatkan. |