Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.sa.ran] | ڤمبسرن

Definisi : 1. perbuatan membesarkan (sesuatu): ~ tempat letak kereta; 2. perbuatan membesarkan (bilangan): ~ pasukan Bulan Sabit Merah; 3. perihal (proses) menjadi besar, proses membesar: ~ bahagian akar pokok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.sa.ran] | ڤمبسرن

Definisi : hal (cara dsb) membesar atau membesarkan: Beliau telah memberikan perhatian yg lebih terhadap ~ angkatan bersenjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembesaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fetal growth and development monitoringpemantauan perkembangan dan pembesaran janinKejururawatanTiadaProses memantau pembesaran dan perkembangan janin dan mengesan ketaknormalan sepanjang tempoh kehamilan.
image magnificationpembesaran imejTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikProses menukar imej radiograf menjadi lebih besar daripada asal apabila jarak antara bahan uji dengan filem dibesarkan dan jarak titik fokus dengan objek dipendekkan. Kaedah ini hanya boleh dilakukan dengan menggunakan mesin sinar-X bertitik fokus mikro. Formula bagi pembesaran adalah seperti yang berikut: M = (a+b)/a, M = pembesaran, a = jarak antara titik fokus ke objek, b = jarak antara objek ke pengesan imej.
build up factorfaktor tokokTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFaktor pembesaran yang berlaku disebabkan oleh kuantiti sinaran yang menembusi media menjadi lebih besar berbanding sinaran yang dituju. Pembesaran ini berlaku disebabkan oleh proses serakan yang dialami semasa sinaran itu melalui media. Formula bagi pengecilan sinaran yang melibatkan faktor tokok ialah: I = B Ioe^μx, dengan I ialah keamatan selepas melalui bahan, Io ialah keamatan sebelum melalui bahan, μ ialah pekali pengecilan, x ialah ketebalan bahan dan B ialah faktor tokok.
pregnancykehamilanKejururawatanTiadaKeadaan kehadiran janin yang berkembang dalam uterus selama 9 bulan dan 10 hari. Ia dicirikan dengan pemberhentian haid, loya dan muntah, pembesaran payu dara, pigmentasi puting, pembesaran abdomen, pergerakan janin dan bunyi denyutan jantung janin.
goitregoiterHerbaFitoterapiPembesaran kelenjar tiroid akibat hormon tiroksin rendah yang juga dikenali sebagai hipotiroid dan menyebabkan bengkak di bahagian depan leher.
bronchodilatorbronkodilatorHerbaPemiawaianAgen yang menyebabkan pembesaran atau pengembangan kaliber bronkus atau tiub bronkial. Contohnya, kandungan bioaktiviti bronkodilator 20 kimia yang terdapat dalam minyak pati kayu putih (Melaleuca leucadendra) seperti pinen, kamfor dan eukaliptol.
dilated cardiomyopathykardiomiopati terdilatKejururawatanTiadaKeadaan pembesaran kebuk jantung yang mengganggu keupayaan pengepaman jantung. Keadaan ini disebabkan oleh penyakit otot jantung.
Ostwald maturitykematangan OstwaldKimiaKimia AnalisisProses pembesaran hablur apabila mendakan dibiarkan di dalam larutan asal. Dalam proses ini zarah yang kecil akan larut dan mendak kembali di atas permukaan hablur yang lebih besar. Ia juga dikenali sebagai pencernaan.
urban expansionpengembangan bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPembesaran kawasan tepu bina sesebuah bandar yang disebabkan oleh pertambahan penduduk dan perkem- bangan aktiviti bandar sama ada secara terancang atau tidak.
benign prostatic hyperplasiahiperplasia prostat benignaKejururawatanTiadaKeadaan pembesaran kelenjar prostat yang boleh mengganggu pengaliran air kencing akibat sekatan uretra.
123

Kembali ke atas