emendation | pembetulan | Kesusasteraan | Tiada | Pembaikan yang dilakukan terhadap teks yang dianggap mempunyai kesalahan atau kesilapan tertentu. Pembetulan biasanya dilakukan oleh editor atau penyunting untuk membaiki teks agar lebih mudah difahami pembaca dan tepat isi kandungannya. Antara bentuk pembetulan yang dilakukan termasuklah dari segi tatabahasa, ketepatan fakta dan susunan teks. Teks yang dimaksudkan termasuklah penulisan buku ilmiah, buku sastera, buku umum, esei dan rencana. Pembetulan merupakan sesuatu yang biasa berlaku dalam proses penulisan. Bahan tulisan awal akan disaring oleh editor atau penyunting sebelum diterbitkan. Dalam konteks kesusasteraan Melayu tradisional, pembetulan sering berlaku dalam aktiviti penyalinan atau penulisan semula sesebuah naskhah manuskrip. Terdapat penyalin yang membuat pelbagai perubahan atau tokok-tambah terhadap naskhah asal, bertujuan membaiki naskhah yang disalinnya. Oleh itu, pembetulan dilihat sebagai aktiviti yang membawa kebaikan terhadap sesebuah karya, namun boleh menyebabkan kemunculan versi naskhah yang berbeza. Lihat juga anotasi, kritikan teks. |
overcorrection | lebih pembetulan | Sains Kesihatan | Tiada | Kuasa pembetulan ralat refraksi yang berlebihan. |
undercorrection | kurang pembetulan | Sains Kesihatan | Tiada | Kuasa pembetulan ralat refraksi yang tidak cukup. |
curvature correction | pembetulan kelengkungan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Reka bentuk seperti pelapik yang dipasang pada permukaan prob untuk membolehkan lebih banyak gelombang ultrasonik dapat menembusi struktur yang berbentuk lengkungan. Contohnya dalam pemeriksaan ultrasonik terhadap kimpalan longitud pada paip. Sebagai contoh, bandingan pengukuran dengan prob 45o pada permukaan plat berketebalan 20 mm yang rata dan melengkung. Pada plat rata seperti rajah di bawah, gema bunyi bagi laluan 35 mm berpadanan dengan pemantul pada kedalaman 15.2 mm. Tanpa pembetulan, laluan yang sama 35 mm bagi paip berdiameter 200 mm akan memberikan pengukuran yang salah, iaitu pada kedalaman pemantul 19.2 mm. |
correction | pembetulan | Sains Kesihatan | Tiada | 1. Merujuk kepada preskripsi kaca mata atau kata sentuh untuk membetulkan ametropia. 2. Proses meminimumkan aberasi optik. |
corrective action | tindakan pembetulan | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
corrective maintenance | penyenggaraan pembetulan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
Distance Amplitude Correction Curve (DAC) | lengkung pembetulan jarak amplitud | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Graf lengkungan yang dibina untuk menghubungkaitkan antara jarak dan amplitud sesuatu isyarat ultrasonik. Lengkungini didapati dari blok standard yang mempunyai siri pemantul bersaiz sama tetapi berbeza kedalaman daripada permukaan. Keadaan ini ditunjukkan apabila prob diletakkan pada bahan uji, isyarat penunjuk dari ketakselanjaran akan muncul pada kawasan lengkung tersebut. Keputusan perlu dibuat sama ada isyarat ini boleh diterima atau ditolak berdasarkan kriteria yang dinyatakan dalam kod, standard, atau spesifikasi yang ditentukan. |
half-eyes frame | bingkai separa mata | Sains Kesihatan | Tiada | Sejenis bingkai kaca mata bersaiz kecil yang digunakan untuk pembetulan rabun dekat. |
distance amplitude block | blok amplitud jarak | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Blok piawai yang terdiri daripada pemantul bergaris pusat sama, tetapi berbeza kedalaman. Blok ini digunakan untuk membina lengkung pembetulan jarak amplitud (DAC). |