differential side gears | gear tepi pembeza | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gear yang terdapat di dalam selongsong pembeza, yang menyirat dengan bahagian aci gandar, dan dipacu oleh pinan gear pembeza. |
differential | pembeza | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Mekanisme yang memacu kedua-dua roda pada gandar belakang yang membolehkan salah satu roda berputar lebih laju semasa melalui selekoh. |
differential case | selongsong pembeza | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Unit yang diperbuat daripada loga yang disambung kepada gear gelang dan dipacu oleh pinan. |
differentiating titration | pentitratan pembeza | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah titrimetri untuk menganalisis suatu sampel yang mengandungi dua atau lebih spesies yang mempunyai sifat tindak balas kimia yang hampir sama dengan titran tetapi penunjuk yang berbeza. Contohnya titratan antara campuran asid hidroklorik dan asid asetik dengan titratan natrium hidroksida, menggunakan penunjuk fenolftalein dan metil merah. |
ring gear | gear gelang | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gear besar yang terletak bersebelahan selongsong pembeza, yang menyirat dan dipacu oleh gear pinan pemacu. |
drive line | rangkaian pemacu | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sambungan pemacu di antara kotak gear dengan pembeza, yang terdiri daripada satu atau lebih aci pacu. |
power train | rangkaian kuasa | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kumpulan mekanisme yang terdiri daripada cekam, kotak gear, aci pemutar, pembeza dan gandar yang memindahkan gerakan putaran dari enjin ke roda kereta. |
transmission | penghantaran | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pemindahan kuasa daripada enjin kepada roda melalui kotak gear, aci putar dan pembeza. |
transfer case | kotak pindah | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kotak penghantaran tambahan yang digunakan untuk mengagih kuasa enjin dan memindahkannya ke kedua-dua pembeza depan dan belakang. |