scattering | serakan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Tenaga bunyi yang diserakkan secara pembalikan dan pembiasan oleh pemantul-pemantul seperti ketakselanjaran, sempadan medium dan lain-lain. Tenaga hilang melalui sebaran gelombang muka. |
astigmatism | astigmatisme | Kejururawatan | Tiada | Ketaknormalan penglihatan yang disebabkan oleh perbezaan lengkungan pada meridian yang berbeza di permukaan pembiasan mata. Keadaan ini mengakibatkan pancaran cahaya tidak difokus dengan jelas pada retina. |
convergent beam | alur tumpu | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alur sinaran cahaya yang datang dari pelbagai arah yang berbeza, sama ada selepas pantulan atau pembiasan. |
mode conversion | penukaran mod | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Fenomena penukaran mod rambatan gelombang asal yang berlaku disebabkan oleh pantulan atau pembiasan dalam bahan uji. Contohnya, apabila gelombang membujur tuju dibiaskan pada sempadan dua medium bertukar menjadi gelombang ricih atau gelombang permukaan. |
prism monochromator | monokromator prisma | Kimia | Kimia Analisis | Alat yang menyerakkan sinaran kepada panjang gelombang komponennya. Unsur penyerak terdiri daripada suatu sistem cermin, celahan dan prisma 60. Sinaran masuk melalui celahan dikolimatkan oleh kanta dan menyentuh permukaan prisma pada satu sudut. Pembiasan berlaku di kedua permukaan prisma menyebabkan sinaran terserak dan difokuskan ke atas permukaan bulat yang mengandungi celahan keluar. |
refracted wave | gelombang terbias | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Gelombang yang merambat dari suatu media ke suatu media yang lain dengan halaju dan arah yang berbeza dari gelombang tuju. Jika sudut tuju bukannya 90O gelombang akan terbias ke dalam media berikutnya. Kaitan antara sudut tuju, sudut pantulan, sudut bias dengan halaju gelombang adalah seperti yang berikut: sinθi/vi = sinθs/vs = sinθp/vp. Pantulan dan pembiasan gelombang pada sempadan dua media. |