bai‘ ‘inah financing | pembiayaan bai‘ ‘inah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembiayaan tunai yang melibatkan akad pembelian secara hutang dan penjualan semula secara tunai. Proses pembiayaan ini berlaku seperti yang berikut: i. Pelanggan yang ingin mendapatkan pembiayaan tunai menghubungi bank. ii. Pelanggan membeli aset daripada bank secara hutang. iii. Pelanggan menjualkan semula aset tersebut kepada bank secara tunai. iv. Bank menyerahkan harga jualan tunai kepada pelanggan. Melalui cara ini, pelanggan telah berhutang dengan bank melalui akad hutang tetapi kemudiannya berjaya mendapatkan tunai melalui jualan tunai. Harga jualan hutang kepada individu biasanya lebih tinggi daripada belian tunai oleh bank. Kaedah pembiayaan ini diamalkan oleh sesetengah perbankan Islam untuk tujuan pembiayaan peribadi. Penerimaan dari sudut syarak adalah berbeza mengikut mazhab kerana dianggap sebagai helah menghalalkan riba. Walau bagaimanapun, kaedah ini sepakat diterima dari segi syarak apabila proses jual beli ini melibatkan pihak ketiga yang dikenali sebagai pembiayaan tawarr |
primary note | nota primer | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sijil hutang yang merupakan pecahan daripada jumlah nilai pembiayaan. Nilai pembiayaan yang besar akan didenominasikan kepada beberapa sijil yang dijadualkan semula tempoh pembayarannya secara berperingkat. Tujuan didenominasi adalah untuk membolehkan pembayaran hutang dibuat secara berperingkat dan mengelakkan pembayaran yang banyak sekali gus. Sijil yang mempunyai tempoh matang paling pendek akan ditebus terlebih dahulu berbanding sijil yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang. Nota primer tidak boleh diurusniagakan di pasaran peringkat kedua. |
equity financing | pembiayaan ekuiti | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembiayaan yang diberikan oleh pemilik modal (rabbul mal) kepada mudarib berasaskan ekuiti. Ekuiti ini menggunakan prinsip mudarabah dan musyarakah. Bentuk pembiayaan ini membolehkan mudarib memperoleh dana tanpa berhutang. Hal ini bermakna mudarib tidak perlu membayar semula dana pada jumlah dan tempoh masa tertentu. Namun begitu, kelemahan utama pembiayaan ekuiti ini ialah faedah yang diterima sebagai pemilik menjadi semakin kurang dan kemungkinan berlakunya kehilangan kawalan ke atas perniagaan setelah bilangan rabbul mal bertambah. |
tawarruq financing | pembiayaan tawarruq | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembiayaan yang melibatkan akad pembelian aset secara hutang dan penjualan semula secara tunai kepada pihak ketiga. Proses pembiayaan ini berlaku seperti yang berikut: i. Individu yang ingin mendapatkan wang tunai membeli suatu barang daripada seorang peniaga dengan harga ansuran untuk tempoh tertentu. ii. Individu tersebut menjualkan semula barang berkenaan kepada pihak ketiga secara tunai dengan harga yang kurang daripada harga beliannya. Melalui cara ini, individu tersebut telah berhutang dengan peniaga melalui akad hutang tetapi berjaya mendapatkan tunai melalui jualan tunai daripada pihak ketiga. Kaedah ini sepakat diterima dari segi syarak kerana akad hutang dan jual beli tunai itu melibatkan pihak yang berlainan. |
debt financing | pembiayaan hutang | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembiayaan yang diberikan oleh bank kepada pelanggan berasaskan prinsip hutang seperti qardul hasan, bai‘ murabahah, bai‘ bithaman ajil dan bai‘ muajjal. Bentuk pembiayaan ini membolehkan pelanggan memperoleh aset dengan berhutang. Hal ini bermakna pelanggan perlu membayar semula hutang pada jumlah dan tempoh masa tertentu. Bank tidak berhak memiliki aset tersebut. |
allowance for debt financing and lease losses | elaun kerugian pembiayaan hutang dan sewa | Ekonomi | Ekonomi Islam | Rizab yang diperuntukkan oleh sesebuah institusi kewangan Islam untuk menampung pembiayaan hutang dan sewa yang luput. Jumlah rizab ini berdasarkan peratusan tertentu daripada jumlah pembiayaan hutang dan sewa yang dikeluarkan. Oleh itu, akaun aset-kontra ditolak daripada pembiayaan hutang dan sewa kasar untuk mendapatkan jumlah pembiayaan hutang dan sewa bersih. Peruntukan ini akan menambahkan perbelanjaan dan mengurangkan perolehan serta modal institusi kewangan Islam. |
Islamic export credit refinancing | pembiayaan semula kredit eksport Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Skim pembiayaan perdagangan eksport yang dikelolakan oleh Bank Negara Malaysia dan bank eksport import. Tujuan skim ini diwujudkan adalah untuk membantu pengeksport tempatan dengan cara membiayai semula kos eksport. Pembiayaan dilakukan apabila bil pertukaran berkupon sifar dibayar secara bertangguh oleh bank pengimport, kemudiannya akan dibeli oleh Bank Negara dan bank eksport import berdasarkan akad murabahah. Oleh itu, skim ini secara langsung dapat menggalakkan eksport negara. |
Islamic Bank | Bank Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Institusi yang menerima dana dan memberi pembiayaan kepada pelanggan berasaskan prinsip syariah seperti wadi‘ah, mudarabah, musyarakah, ijarah dan bai‘ bithaman ajil. Akaun semasa wadi‘ah, akaun simpanan wadi‘ah dan akaun pelaburan mudarabah merupakan dana yang diterima oleh bank, manakala pembiayaan hutang dan pembiayaan ekuiti merupakan dua kaedah pembiayaan yang ditawarkan. Keuntungan yang diterima oleh bank daripada pembiayaan akan dikongsi bersama dengan penyimpan akaun pelaburan mudarabah mengikut peratusan yang dipersetujui. |
mortgage takaful | takaful gadai janji | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pelan takaful keluarga yang menyediakan pampasan untuk melunaskan baki pembiayaan perumahan sekiranya peserta meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal. Caruman untuk pelan takaful ini hanya dibuat sekali sahaja oleh peserta, iaitu semasa mengambil pembiayaan perumahan. Jumlah caruman bergantung pada umur peserta, jumlah pembiayaan, kadar keuntungan dan tempoh pembiayaan. Jika peserta melunaskan pembiayaan perumahan lebih awal, maka peserta layak mendapat semula carumannya merangkumi tempoh takaful yang belum lupus tersebut. |
murabahah financing | pembiayaan murabahah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembiayaan yang diberikan oleh bank kepada pelanggan berasaskan prinsip murabahah. Bank membeli barangan yang dikehendaki oleh pelanggan dan menjual kepada pelanggan dengan harga kos belian tambah margin. Kos belian dan margin harus diketahui oleh pelanggan. Pelanggan pula bersetuju membayar harga jualan secara ansuran. |